Fakta Tentang Glaze Coway Yang Pengguna Patut Tahu

Hantar artikel pada geng

Anda sememangnya tahu tentang kepentingan untuk mempunyai mesin penapis air di rumah. Selain dapat memberikan air minuman dengan pantas, ia juga memastikan kualiti air dalam keadaan bersih dan selamat untuk diminum. Tapi, anda mempunyai masalah untuk membuat keputusan tentang water filter mana yang hari dipilih. Ini kerana ada pelbagai jenis jenama di pasaran hari ini. Dan semuanya boleh dikatakan cukup berkualiti dan boleh didapati dengan harga yang murah.

Sebab itu, penting untuk anda tahu apakah faktor yang mendorong anda untuk memiliki mesin penapis air. Kebanyakan orang memilih untuk memasang mesin penapis air kerana mereka ingin mendapatkan akses mudah untuk minum air. Lebih-lebih lagi apabila ada budak kecil ataupun ada orang tua di rumah. Ada orang pula memasang mesin penapis air kerana ingin mendapatakan air yang terjamin kualitinya. Ia didorong oleh faktor kesihatan yang biasanya berkait rapat dengan kulit dan kesihatan tubuh badan.

Pening Nak Pilih Water Filter?

Bila dah kenalpasti apa yang kita nak, kena tahu pula kapasiti mesin penapis air yang diperlukan. Kalau orang bujang atau duduk berdua, memadai la ambil yang kecil. Tapi, kalau ada perancangan untuk tambah atau ada ahli keluarga baru, lebih baik ambil yang besar sedikit sebagai persiapan awal. Bagi mereka yang berkeluarga besar pula, lebih sesuai kalau pasang mesin penapis air dengan kapasiti yang lebih besar. Ini boleh mengelakkan masalah remeh di kemudian hari. Iaitu seperti berebut mesin atau pun pengisian air yang lambat kerana memerlukan air dalam kuantiti yang besar.

Lepastu kita alih fokus kita pada kediaman yang kita duduk, adakah ia sesuai untuk pasang mesin penapis air besar? Kalau boleh, berapa besar kita boleh letak? Tak semua mesin penapis air direka untuk dipasang di dapur Malaysia walaupun ia dikomersialkan untuk kegunaan rumah.

Bila dilanda dengan soalan-soalan sebegini, pasti hati rasa berat dan resah untuk memiliki mesin penapis air. Walaupun kita tahu kepentingannya dalam kehidupan seharian kita, akan ada rasa serba salah jika kita tersalah memilih mesin penapis air. Ini kerana ia bukan sahaja tidak memberikan apa yang kita nak, bahkan menyusahkan lagi kita di masa akan datang.

Glaze Coway Adalah Jawapannya

Disebabkan hal-hal sebegini, ada satu syarikat yang cukup dikenali yang telah mengambil inisiatif untuk memastikan mana-mana keluarga di Malaysia tidak perlu risau dengan masalah remeh sebegini. Iaitu tatkala mereka membeli mesin penapis air. Coway telah melancarkan satu model baharu yang dikenali sebagai Glaze Coway. Penapis air ini dicipta untuk mengatasi segala masalah dan was-was yang bermain di fikiran kita.

Coway Glaze telah direka dengan reka bentuk yang khusus untuk memudahkan pengguna sambil memastikan kualiti air terjamin setiap masa. Jika dilihat pada model Glaze, ia mempunyai reka bentuk yang moden dan minimalistik, tetapi hadir dengan fungsi yang pelbagai dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Sesetengah mesin penapis air menggunakan punat atau pili khas untuk mengeluarkan air secara automatik dan ia merupakan konsep umum yang digunakan oleh mesin penapis air. Akan tetapi, Coway Glaze boleh digunakan secara terus hanya dengan menggunakan touch sensor tanpa perlu mengeluarkan kudrat yang lebih. Ini sangat sesuai untuk kanak-kanak atau orang tua yang mengalami keuzuran dan sukar melakukan kerja-kerja harian seperti orang dewasa yang sihat tubuh badan.

Tangki Yang Besar Dan Selamat

Mesin penapis air Glaze boleh set air kuantiti air pada 3 tahap. Tahap pertama, isipadu 120ml, sesuai untuk gelas kecil. Tahap kedua, isipadu 250ml, sesuai untuk cawan atau gelas yang biasa kita guna. Tahap ketiga, isipadu 500ml, sesuai untuk air minuman yang diisi di dalam botol atau jug. Ia telah ditetapkan dengan kuantiti sebegini untuk memudahkan kita mengisi air tanpa perlu berhati-hati kalau tertumpah.

Selain itu, mesin penapis air Coway Glaze mempunyai tangki kapasiti sebanyak 6 liter, cukup sesuai untuk keluarga yang sederhana besar. Ia juga tidak terlalu besar untuk keluarga kecil dan sesuai juga untuk digunakan oleh keluarga besar kerana ia mampu mengisi kembali tangki air dengan pantas dalam jangka masa yang pendek.

Sebagai langkah keselamatan, air panas dilengkapi dengan sistem keselamatan child lock yang direka khas untuk memastikan keselamatan kanak-kanak dari mencederakan diri mereka tanpa sengaja. Agak sukar untuk cari mesin penapis air dengan rekaan moden dan minimalistik yang peka akan keselamatan kanak-kanak kerana kebiasaannya ia direka dengan tujuan khusus untuk digunakan oleh orang dewasa sahaja.

Coway Glaze Menjimatkan Tenaga

Apa yang membuatkan Coway Glaze lain dari yang lain adalah dari segi penjimatan elektrik. Kita sedia maklum mesin penapis air biasanya dibiarkan beroperasi 24 jam dan ia memakan bil elektrik dalam jumlah yang banyak, mungkin sama banyak seperti peti sejuk untuk sesetengah model. Walaubagaimanapun, model Glaze tidak menghadapi masalah ini kerana ia dilengkapi dengan ECO mode yang direka khas untuk menjimatkan tenaga elektrik walaupun digunakan secara berterusan.

Walaupun penggunaan 3 suhu air sudah semakin digunakan oleh banyak pengeluar, masih banyak lagi pengeluar yang menghasilkan mesin penapis air dengan 2 suhu air, sejuk dan panas. Coway Glaze memastikan pengguna dapat menggunakan 3 suhu air yang termasuk air suhu bilik selain air sejuk dan panas. Walaupun kemudahan ini mungkin dilihat tidak begitu luar biasa, ia sebenarnya penting kerana pengguna boleh mendapatkan air suhu bilik yang terjamin kebersihannya kerana ia telah ditapis dengan baik oleh lapisan penapis Coway Glaze.

coway harry core lucy

Sistem Penapisan Lengkap

Coway Glaze mempunyai tapisan reverse osmosis (RO) yang bertujuan untuk memastikan air ditapis tanpa mengubah sebarang bau ataupun rasa. Ia dilengkapi dengan 4 jenis penapis yang mempunyai fungsi tersendiri.

Dua penapis pertama, Neo-Sense dan Membran RO digunakan untuk tujuan membuang partikel merbahaya seperti klorin, bakteria dan kandungan kimia yang boleh mengeruhkan kualiti air. Penapis ketiga, Plus Inno-Sense, direka khas untuk bukan sahaja menapis bau kurang enak dari dalam air yang disalurkan, tetapi ia juga boleh meningkatkan kualiti rasa air supaya rasanya jernih sejernih air sungai di dalam hutan belantara.

Lapisan penapis yang terakhir adalah penapis anti-bakteria yang dipasang untuk memastikan tiada kuman dan bakteria membiak di dalam tangki air. Ini sangat penting kerana bakteria merbahaya boleh membiak dengan cepat di kawasan yang gelap dan tertutup sekaligus membahayakan kesihatan ahli keluarga sekiranya dibiarkan berterusan.

Free Service Maintenance

Disebabkan itu jugalah, Coway memastikan penyelenggaraan model Graze dilakukan setiap 2 bulan sekali. Servis ini diberikan secara percuma kepada semua pengguna Coway bagi memastikan kualiti air yang diminum sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.

Apa yang membuatkan Coway Glaze ini lagi menarik untuk dimiliki adalah kerana servis selepas jualan yang cukup memberangsangkan. Coway bukan sahaja memastikan kualiti air terjamin setiap dua bulan, tetapi mereka menawarkan lebih dari itu. Jika anda menetap di Malaysia, Coway akan dihantar dan dipasang tanpa sebarang kos walaupun anda duduk di ceruk hutan sekalipun dan ini termasuklah kalau anda pindah rumah.

Selain itu, semua alat ganti dan penapis akan dijamin sehingga 5 tahun, tak kira apa jua masalah yang berlaku. Kalau mereka kenalpasti ada masalah yang boleh jejaskan kualiti air, mereka akan terus tukar secara percuma tanpa banyak soal. Pihak Coway takkan minta anda bayar satu sen pun untuk setiap penyelenggaraan yang dilakukan termasuklah kos upah untuk kakitangan mereka.

CODY

Promo Coway Glaze

Kalau anda perasan, ejen Coway Glaze juga ada rebat dan promosi istimewa yang diberikan kepada pelanggan mereka. Jadi, tak rugi untuk anda rebut peluang ini sekarang selagi ia masih boleh dimiliki kerana tak semua orang cakna akan kelebihan Coway Glaze berbanding model lain di pasaran.

glaze coway

Hantar artikel pada geng