Apa masalah dengan Jabatan Air Selangor?

Hantar artikel pada geng

Bila sebut pasal Selangor, rata-rata orang luar akan beranggapan ia sebagai sebuah negeri yang cukup moden dengan pelbagai peluang pekerjaan yang menjamin masa depan. Saban hari, pembangunan di bumi Selangor terus berkembang dengan pelbagai sektor pekerjaan yang bercambah pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Akan tetapi, semoden mana pun negeri Selangor ini, ia sentiasa mengalami satu masalah yang biasanya sering berlaku di kawasan sekolah berasrama penuh saja; tiada air. Dengan jumlah penduduk yang semakin padat dan kian bertambah dari masa ke semasa, masalah kekurangan air bukanlah isu remeh lebih-lebih lagi apabila negeri Selangor mempunyai penduduk seramai 6.7 juta orang.

Maknanya di sini, kalau berlaku masalah kekurangan air, berjuta-juta orang akan terjejas teruk sehingga boleh menyebabkan kekacauan ekonomi yang cukup ketara walaupun hanya untuk sementara.

coway harry core lucy

Sejarah Jabatan Air Selangor

Jadi, apabila mengetahui perkara sebegini akan berlaku, kerajaan Selangor khususnya Jabatan Air Selangor mestilah kena bersedia dari awal kan? Malangnya, lagi senang cakap dari buat.

Ramai sudah tahu kewujudan Jabatan Air Selangor. Ianya ditubuhkan untuk memastikan bekalan air di negeri Selangor sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk diminum. Akan tetapi, ada dua lagi badan organisasi yang bertanggungjawab menguruskan air di negeri Selangor. Organisasi tersebut adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Tugas utama Pihak Berkuasa Tempatan adalah untuk memastikan pentadbiran kawasan jagaan mereka dilaksanakan dengan telus. Mereka juga harus pastikan pentadbiran dijalankan tanpa sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa. Organisasi ini telah wujud sejak kerajaan British masih lagi menjajah tanah air kita. Dan ia dikekalkan kerana keberkesanan organisasi ini dalam menjalankan tugas mereka. 

Di samping itu, organisasi Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai kuasa untuk memastikan infrastruktur awam diselenggara dengan baik. Ataupun perlu ditambah fungsi selaras dengan keperluan penduduk. Ini termasuklah dengan binaan infrastruktur yang didirikan berdekatan dengan kawasan sumber air seperti sungai dan tasik.

Berbeza dengan organisasi Pihak Berkuasa Tempatan yang fokus dalam menjaga pentadbiran dan pembangunan awam di negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor memfokuskan tugas mereka terhadap kawasan takungan air tadahan dan sungai. Secara ringkasnya, tugas utama Lembaga Urus Air Selangor adalah untuk menjaga keselamatan punca air dari dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Lembaga Urus Air Selangor dikuatkuasakan pada tahun 1999. Ia selaras dengan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor yang fokus terhadap semua perancangan melibatkan air di negeri Selangor. Lembaga ini juga merupakan badan kerajaan negeri Selangor yang tidak terlibat dalam sektor swasta.

Jabatan Air Selangor pula merupakan syarikat swasta yang ditubuhkan khas untuk merawat air sungai. Mereka jugalah yang membekalkan air mentah kepada pengguna yang menetap di bumi naungan Selangor. Jabatan Air Selangor boleh dikatakan cukup muda . Ia sebenarnya baru ditubuhkan pada tahun 2014, 7 tahun usianya jika dikira dari tarikh artikel ini ditulis. 

coway water filter

Pengurusan Yang Haru Biru

Mungkin atas faktor usia syarikat yang masih mentah, Jabatan Air Selangor dilihat agak lemah dalam mengendalikan masalah ketiadaan air yang dilihat semakin kerap berlaku. Kekerapan gangguan air boleh dikatakan sering terjadi sehinggakan orang luar mula mengejek dan perli mana-mana warga Selangor dengan memberi nama jolokan ‘Negeri Tanpa Air’ atau ‘Selangor Tiada Air’.

Punca gangguan bekalan air ini mungkin boleh dikaitkan dengan pemberian lesen bekalan air tunggal kepada Jabatan Air Selangor. Sebelum tertubuhnya Jabatan Air Selangor yang ditugaskan untuk mengendalikan kesemua proses merawat air sungai dan pembekalan air mentah kepada pengguna, terdapat lima syarikat swasta lain yang mengendalikan tugas-tugas ini.

Syarikat-syarikat swasta tersebut adalah PNSB Water Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd (KASB).  Kesemua syarikat ini sering dirujuk sebagai syarikat-syarikat konsesi. Ini kerana mereka diberi kebenaran untuk menguruskan sumber air kerajaan negeri Selangor selagi mana ya boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Dari melihat senarai nama syarikat-syarikat konsesi ini sahaja kita sudah dapat mengandaikan betapa haru-birunya suasana untuk menguruskan air di negeri Selangor tidak lama dahulu. Mana-mana penduduk yang menetap di negeri Selangor pasti akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan apa-apa isu berkaitan air, bahkan mungkin ramai yang terpaksa berhenti sekerat jalan apabila ditendang seperti bola tiap kali ingin mengadu sesuatu masalah.

Jadi tidak hairanlah bila ramai rakyat Selangor memilih untuk memasang tangki air simpanan sendiri walaupun penghuni rumah sekadar beberapa orang sahaja. Pernah sampai satu tahap, ia menjadi kebiasaan untuk memasang sekurang-kurangnya dua tangki simpanan air bagi sebuah keluar sederhana di tengah bandar moden ini. 

Disebabkan itulah Jabatan Air Selangor ditubuhkan, pada lewat pertengahan tahun 2019, Jabatan Air Selangor telah berjaya memiliki lesen bekalan air tunggal di negeri Selangor sekaligus menamatkan kesemua servis dari syarikat-syarikat konsesi yang sekian lama berkuasa. Jabatan Air Selangor juga turut mengambil alih kesemua proses rawatan dan pembekalan air dengan membeli barangan milik syarikat-syarikat konsesi.

Jabatan Air Selangor Sebenarnya Hero ?

Secara keseluruhan, Jabatan Air Selangor telah membelanjakan sebanyak RM1.1 billion untuk mengambil alih dan menambah baik infrastruktur logi rawatan dan bekalan air. Saat artikel ini ditulis, proses pembelanjaan ini masih berjalan. Wakil Jabatan Air Selangor juga turut menekankan untuk tidak menaikkan harga air. Jika semata-mata kerana ingin menampung kos perbelanjaan yang besar ini.

Cabaran untuk syarikat muda ini tidak terhenti setakat di situ sahaja, sungai-sungai di negeri Selangor yang jumlah panjangnya beratus kilometer memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat onar. Kebanyakan gangguan air berlaku akibat pencemaran punca air yang sering dikaitkan dengan kilang tetapi ia tidak semudah ais batu campur untuk tutup kilang.

Kilang termasuk di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan. Dan dalam era globalisasi ini, ada beratus kilang di Selangor. Tidak kiralah sama ada mereka menjalankan perniagaan secara sah atau haram. Kena pula apabila ada kilang yang dibina di atas tanah persendirian. Ini sekaligus menyukarkan kerja-kerja merobohkan kilang. Walaupun sudah terang lagi bersuluh kilang tersebut menjadi punca pencemaran bekalan air.

Disebabkan kilang di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan sungai di bawah jagaan Lembaga Urus Air Selangor, kedua pihak ini sering bekerjasama. Tugas mereka juga sering bersilang antara satu sama lain. Ini bagi mengesan kilang-kilang durjana yang menyebabkan berjuta rakyat Selangor tidak dapat mandi pagi sebelum pergi kerja.

coway neo

Kerjasama antara dua organisasi ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka juga bertanggungjawab memastikan pencemaran bau dan bahan kimia juga dalam keadaan terkawal. Ini kerana ia merupakan salah satu punca pencemaran air yang paling utama dan senang berlaku. Situasi ini jarang berlaku dahulu. Ini disebabkan kilang tak sebanyak zaman sekarang, jadi ia lebih mudah untuk dikawal dan diuruskan. 

Manakala Jabatan Air Selangor hanya sekadar merawat air yang disalurkan dan menggatikan paip lama dengan paip baru. Jadi kalau kita tanya hari ini, apa masalah dengan Jabatan Air Selangor? Mereka mungkin tengah fikir bagaimana nak tukar paip lama ke paip baru dekat kawasan rumah anda.

Hantar artikel pada geng