Coway Ada Outdoor Water Filter Tak ?

Hantar artikel pada geng

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini sudah ada kesedaran yang tinggi dalam memastikan air minuman mereka bersih dan bebas dari bendasing merbahaya. Bukti bagi kenyataan ini boleh dilihat dengan pemasangan outdoor water filter yang bukan saja dipasang di bangunan pejabat dan kilang, tetapi turut dipasang di kawasan perumahan rakyat kebanyakan. Apatah lagi, dengan kos pemasangan yang kini boleh didapati serendah harga plan internet, sambutan bagi pemasangan water filter dijangka akan terus meningkat.

Disebabkan kesedaran yang makin meluas inilah, sebahagian rakyat Malaysia mula peka dan cakna terhadap penggunaan air seharian. Dari air basuhan kereta hinggalah ke air yang disalurkan untuk membasuh pakaian, mereka sanggup mengerah tenaga lebih dengan memasang outdoor water filter supaya setiap air yang disalurkan ke rumah mereka terjamin kualitinya. 

Keadaan ini secara tidak langsung telah memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna water filter untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sekaligus menambahkan lagi jumlah pengguna outdoor water filter dari semasa ke semasa.

coway official

coway neo plus

Perlu Ke Guna Outdoor Water Filter Ni ?

Inisiatif ini juga turut didorong apabila beberapa kawasan perumahan sering mengalami masalah air tidak bersih. Walaupun ada di antara mereka yang menetap di tengah-tengah kota raya. Ditambah pula dengan usaha kerajaan yang seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Jadi lebih ramai yang rela memilih untuk melakukan semuanya sendiri . Dari menanti tindak balas dari pihak kerajaan yang semestinya mengambil masa lama. 

Sebab utama kenapa sebahagian rakyat Malaysia meluaskan fokus mereka kepada outdoor water filter adalah kerana kesan daripada air tercemar dalam aktiviti seharian mereka. Selain warna air keruh seperti teh tarik di kedai mamak, air yang disalurkan turut mengandungi partikel logam dan bakteria. Bahan-bahan inilah yang boleh memudaratkan kulit manusia jika terdedah secara berterusan. Ditambah pula dengan permukaan bumi Malaysia yang bersifat kering lembap. Keadaan in menyebabkan lumut dan keladak pasir akan turut disalurkan sekali walaupun pembentungan diselenggara dengan kerap.

Itu belum ambil kira kandungan klorin yang terdapat dalam air. Penggunaan klorin dalam membasmi kuman dan bakteria merbahaya sudah menjadi satu norma dalam dunia kita hari ini. Akan tetapi, ia juga boleh membahayakan tubuh badan kita terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif. Walaupun penggunaan ini dilihat agak kurang selamat untuk tubuh badan kita, pihak kerajaan tiada pilihan lain.  Kerajaan harus terus melaksanakannya kerana keberkesanannya dalam menjaga kualiti air di samping memakan kos yang rendah. 

coway officialSetelah mengetahui kandungan bahan yang mencemarkan air, satu sistem tapisan yang kompleks wajib diadakan. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah air yang tercemar. Kebanyakan pengeluar outdoor water filter di Malaysia sudah sedia maklum akan perkara ini dan menghasilkan produk mereka dengan harga kos yang cukup berpatutan untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang merupakan golongan berpendapatan rendah.

 

Kualiti Air Dari Outdoor Water Filter

Setiap produk outdoor water filter menggunakan bahan yang berbeza untuk menapis partikel kotor tetapi tujuannya tetap sama, cuma tahap kualiti air tidak sama kerana bahan yang digunakan bukanlah dari jenis yang sama.

Seperti water filter yang biasa kita guna dan minum di rumah, outdoor water filter juga melakukan proses yang sama. Ia akan menapis air yang disalurkan sehinggalah segala jenis kotoran dan bakteria ditapis sebelum disalurkan ke dalam rumah. Akan tetapi, kebanyakan produk outdoor water filter yang dihasilkan lebih mengutamakan untuk menapis kotoran partikel yang bersaiz lebih besar seperti keladak, logam dan klorin.

Langkah ini diambil bukanlah kerana pihak pengeluar ingin mengabaikan kesihatan pengguna produk mereka. Tetapi ia demi memastikan penggunaan air untuk kediaman masih boleh berjalan seperti biasa. Sekiranya mereka menghasilkan outdoor water filter yang mampu menapis sekecil-kecil partikel, kapasiti air yang dapat ditapis dalam sesuatu masa adalah sangat sedikit dan semestinya akan menimbulkan isu bekalan air. 

Pun begitu, air yang ditapis adalah jauh lebih baik dari kualiti air sedia ada yang disalurkan ke rumah. Mereka yang mengalami kulit sensitif akan merasai perbezaan apabila menggunakan air yang telah ditapis dalam aktiviti seharian. Jika digunakan secara berterusan, kesannya akan kelihatan lebih ketara kerana tubuh badan sudah tidak dimasuki bendasing yang merbahaya.

Selain kualiti dan warna air, outdoor water filter juga turut menapis bau yang kurang menyenangkan walaupun bau tersebut pada asalnya menusuk hidung hingga membantutkan segala jenis aktiviti harian. Dengan memastikan air yang disalurkan bebas pencemaran bau, setiap hidangan yang disediakan akan rasa enak dan lazat. Jadi ialah lebih nikmat untuk dijamah oleh seisi keluarga. Jika tidak, bau dari air yang tercemar boleh menjejaskan rasa masakan. Walaupun ia telah dimasak menggunakan bahan yang betul dengan turutan yang sepatutnya.

coway air filter

coway official

Mana Satu Outdoor Water Filter Yang Elok?

Bila dilihat dari sudut ini, boleh dikatakan semua jenis water filter sebenarnya bagus untuk rakyat Malaysia kerana ia menepati kriteria yang diperlukan. Di sini faktor kualiti dan penyelenggaraan memainkan peranan yang cukup besar. Ini kerana kedua-duanya melibatkan kos yang besar jika tidak dikendalikan dengan betul.

 Ada beberapa jenama yang boleh dipercayai dari segi kualiti dan penyelenggaraan. Walaubagaimanapun tidak semua mampu memberikan kualiti air yang terbaik sambil memastikan kos penyelenggaraan dalam kadar berpatutan. Kebanyakan produk mampu menjamin kualiti air tetapi memakan belanja yang besar dari segi penyelenggaraan. 

Salah satu produk yang dilihat dapat memastikan pengguna mendapat bekalan air bersih berkualiti tinggi dan mempunyai kos penyelenggaraan yang berpatutan adalah Coway. Jika dilihat pada model Bamboo, produk outdoor water filter ini boleh dikatakan cukup premium untuk dimiliki dengan kos yang rendah.

Coway Ada Outdoor Walter Filter Yang Paling Canggih!

Ini kerana produk Bamboo ini mempunyai flush automatik yang boleh membersihkan filter tanpa perlu ditukar secara manual. Kebanyakan outdoor water filter yang lain perlu ditukar secara manual selang beberapa bulan sekali dan jika tuan rumah terlupa untuk menukarnya, mereka akan lebih cenderung untuk terdedah dengan bakteria dan kuman yang sekian lama menapak di penapis tersebut. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lebih serius terhadap penghuni kediaman.

Selain itu, model Bamboo ini juga mudah untuk diselenggara. Ini kerana penggunanya boleh mengendalikan filter ini hanya dengan menggunakan alat kawalan yang mengawal semua jenis aliran air. Sebahagian filter yang dihasilkan oleh syarikat lain tidak menyediakan fungsi ini. Ini sekaligus menyukarkan kerja-kerja untuk menguruskan filter walaupun ia tidak rumit. Apatah lagi, tak semua pengguna outdoor water filter rela menghabiskan masa untuk membanting tulang menguruskan filter.

coway officialAkan tetapi, apa yang menyebabkan model Bamboo ini lebih unik berbanding water filter yang lain adalah kerana ia merupakan satu-satunya outdoor water filter dengan teknologi kapilari 7 rongga atau lebih sinonim dengan sebutan, Sistem Membran Alpha 7 μF

Teknologi ini membolehkan model Bamboo menapis air hingga ke partikel kecil tanpa menjejaskan bekalan air. Bahkan ia juga tahan lasak. Ia boleh tahan tekanan mampatan, suhu tinggi dan juga perbezaan pH air yang sangat ketara tanpa menjejaskan kualiti air. Sebagai sebuah mesin penapis air yang memang khas untuk digunakan di luar bangunan, kriteria begini sangat diperlukan lagi-lagi untuk jangka masa yang panjang kerana ia boleh mengurangkan kos penyelenggaraan tanpa sebarang isu yang sering dihadapi oleh setiap outdoor water filter di luar sana.

Kualiti bagus, harga pula cukup berpatutan. Tak hairanlah kenapa ramai rakyat Malaysia memilih model Bamboo sebagai pilihan utama.  

Hantar artikel pada geng