Tips Kurus kan Badan Paling Berkesan

Hantar artikel pada geng

Kita selalu baca tip untuk kuruskan badan tapi jarang sekali kita dapat lihat petua kuruskan badan yang berkesan. Tapi ada jek tips kurus atau cara untuk kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ambil sebarang pil kurus mujarab. Cukup sekadar lakukan rutin harian yang tertentu (bukan senaman ye) dan badan anda akan langsing seperti artis idaman pujaan anda. Tak caya teruskan membaca..

ini tips kurus dan cantik

Nak kurus ni tak susah, tapi disiplin kena pastikan cukup tinggi. Kalau disiplin setakat suam-suam kuku dan langsung tak jaga dengan baik, makan makanan sihat macam mana pun takkan berkesan. Tapi kena ingat, disiplin tanpa ilmu juga bukan cara yang bagus kerana kita mungkin terlepas pandang perkara-perkara penting. Sudahnya, apa-apa yang kita kerjakan jadi sia-sia sahaja. Jom kita teruskan membaca tips kurus yang patut anda tahu. 

 

 

Tips Kurus Please…

Bagi memastikan kita sentiasa memperolehi sumber pemakanan yang sihat, kita kena tahu apa pelan diet yang sesuai untuk digunakan. Ini termasuklah pelan diet seperti diet Paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbohidrat dan juga diet DASH. Daripada diet-diet ni, ada cara kuruskan badan yang cukup efektif dan berkesan untuk kuruskan badan secepat mungkin (hint hint :- Adakah cara yang digunakan oleh Rina Harun?) .  Cara yang dimaksudkan ini kalau kena dengan gaya dan tubuh badan, dalam masa seminggu pun dah boleh kurus.

Antara tip untuk kuruskan badan dengan cara sihat adalah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan protein. Untuk menjayakan cara ini, kita boleh kurangkan pengambilan karbohidrat dalam beberapa hari yang dilakukan secara berkala di peringkat awal. Apabila karbohidrat berkurangan, tubuh badan kita tidak boleh menjana lemak kerana tiada sumber asal iaitu karbohidrat untuk ditukarkan menjadi lemak.

Kajian yang dilakukan juga mendapati diet yang mengamalkan pengurangan mengambil karbohidrat adalah pelan pemakanan yang terbaik. Ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan seseorang individu tersebut. Selain dari itu, pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga secara tidak langsung mengurangkan berat air dalam tubuh badan.  Ini sekaligus menyumbang kepada penurunan berat badan secara ketara.

Bila kurang ambil makanan berlemak, semestinya perut kita akan berasa lapar dan tidak bermaya. Di sini, protein memainkan peranan dalam membekalkan tenaga tanpa menghasilkan sebarang lemak untuk kegunaan harian tubuh badan. Selain membekalkan tenaga, protein cukup bagus untuk memberikan tenaga tambahan dan menjadikan kita lebih bertenaga apabila melakukan apa-apa aktiviti berat.

Itu Saya Dah Tahu …Apa Lagik Tip Kurus kan Badan ?

Teruskan membaca….

arah menunjukkan cara nak kurus

Kita juga perlu elak sebarang makanan yang diproses di mana ia merujuk kepada makanan segera dan dijual dalam bungkusan seperti plastik dan tin supaya tahan lama. Pemakanan dengan makanan sebenar adalah amat penting kerana ia bukan sahaja boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan proses, tetapi ia cukup sihat dan segar kerana ia disediakan untuk dimakan terus. 

Makanan sebenar yang dimaksudkan di sini merujuk kepada sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan juga sayur-sayuran yang mengandungi kandungan karbohidrat yang cukup rendah. Jenis makanan seperti ini sudah terbukti mengenyangkan dan jarang menganduingi kandungan kalori yang tinggi. 

Sebagai salah satu lagi amalan untuk kurus adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori dalam kehidupan seharian kita. Semakin kurang pengambilan kalori dalam kehidupan seharian kita, semakin mudah untuk berat badan kita menurun. Jangan terkejut kalau ada orang yang boleh kurus dengan cepat, lazimnya ia terjadi kerana pengurangan pengambilan kalori yang diamalkan dengan penuh disiplin.

Rata-rata pengamal diet akan mengira pengambilan kalori bagi memudahkan pengiraan kalori harian. Di zaman era teknologi serba boleh hari ini, kita boleh muat turun apa jua aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar dan pengambilan kalori boleh terus dikira semudah ais kacang. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat mengira pengambilan kalori bahkan, kita dapat mengetahui jumlah nutrien terhasil daripada makanan yang kita makan pada bila-bila masa, di mana jua.

Ada Tip Kurus Badan Yang Lain ?

tips kurus

Tip untuk kurus juga mengajar kita supaya mengelakkan diri dari mengambil snek walaupun sekadar untuk kudapan. Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa kita sedar dan kesan ketara boleh dilihat apabila kita langkau waktu ke masa akan datang. Oleh itu, kurangkan atau cuba elakkan seboleh-bolehnya sebarang pengambilan snek terutama sekali antara waktu makan. 

Yang paling penting, jangan sesekali makan selepas menikmati waktu makan malam kerana ia akan mendorong peningkatan berat badan yang cukup ketara.

Bila sebut pasal snek, kita juga kena kurangkan pengambilan sos termasuklah dari restoran makanan segera. Ini adalah cara mudah lain untuk mengurangkan kalori kerana dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayonis dan juga kicap yang boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan, selain penyedap makanan. Kandungan lemak yang terkumpul dari sos-sos yang diambil setiap hari akan menyukarkan azam kita untuk kurus.

Macam mana Pulak Dengan Makanan Untuk Cepat Kurus?

Tapi tak semua makanan kena elak, ada juga yang kena diambil berlebihan seperti sayur hijau. Demi melangsingkan tubuh badan, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam menu makanan seharian. Ia boleh dimulakan secara berkala dan disusuli dengan rutin harian dalam jangka masa panjang. Kita juga perlu pastikan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji dikurangkan.

Kalau pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan kanji tetap bertambah, makan sayur hijau sepinggan penuh pun belum tentu akan beri apa-apa kesan. 

Dan tips kurus paling penting, elakkan minum minuman manis dan bergula. Cuba banyakkan pengambilan air kosong walaupun kita tidak gemar dan dalam masa yang sama kitta kurangkan pengambilan minuman bergula. Ia mungkin susah di peringkat awal, tapi dengan ilmu yang betul dan disiplin yang tinggi, tidak mustahil suatu hari nanti kita boleh teruskan kehidupan harian tanpa sebarang air bergula dan minuman manis.

tips kurus

Ada Tak Tips Kurus Badan Cara Tradisional?

Pastikan juga anda sentiasa bersenam dan bersukan kerana ia boleh membakar kalori bersama lemak badan dengan lebih cepat. Kerapkan melakukan aktiviti bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit. Selain itu, pilihan lain untuk bersukan adalah mana-mana aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

tips kurus

Jika tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, kita masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif dan produktif. Mengubah gaya hidup sedia ada kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti dan aktif walaupun tidak bersukan secara khusus.

Contoh yang boleh dilakukan, jika pejabat kerja anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, amalkan penggunaan menaiki tangga berbanding lif. Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah terutamanya pada hujung minggu.

Ubat Kurus Paling Berkesan

Intermittent Fasting

Salah satu petua kurus badan tradisional untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama adalah melalui “intermittent fasting” atau puasa sekejap-sekejap. Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan memaksa kita mengurangkan pengambilan kalori harian.

Biasanya ia dilakukan dalam jangka waktu pendek seperti 6 jam. Tetapi ada yang mengamalkan enam belas jam puasa.  Dan baki selebihnya lapan jam digunakan untuk waktu dibolehkan makan. Sebahagian yang lain pula mengamalkan dua puluh jam berpuasa dan hanya empat jam waktu khusus untuk makan.

Yang penting, ia dilakukan di bawah kemampuan kita sendiri.

Minum Kopi Banyak-banyak

Ada juga kaedah unik dan menarik untuk kurangkan berat air dalam tubuh badan kita di mana ia boleh membuatkan badan kita lebih lebih kurus dan ramping. Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi. Kopi adalah salah satu minuman yang disarankan kerana ia mengandungi kandungan kafein. 

Kafein, walaupun bertujuan untuk memastikan mata segar, ia juga boleh membantu kita membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.

Minum Air Kosong Sebanyak Yang Mungkin

Tetapi, bukan semua orang boleh minum air kopi. Bagi mereka yang tidak boleh, banyakkanlah minum air putih dan sebaik-baik air putih adalah air putih yang ditapis dan bebas dari segala partikel merbahaya.

Dengan hanya menggunakan mesin penapis air Coway, air putih yang selamat pasti boleh didapati pada bila-bila masa yang anda mahukan. Coway juga turut memastikan setiap air yang ditapis bukan sahaja bebas kuman dan bakteria, tetapi ia bersih secara semulajadi tanpa sebarang rawatan seperti mesin penapis yang lain.

coway BTS
Hantar artikel pada geng