Kelebihan Bidet Coway Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Hantar artikel pada geng

Sekilas Tentang Bidet

Apakah itu bidet? Bidet membawa maksud binaan basin khas untuk memudahkan air disalurkan dan dihala ke tempat yang ingin dibasuh atau disental. Kebiasaannya, bidet akan ditempatkan bersebelahan dengan mangkuk tandas bagi memudahkan kerja-kerja mencuci selepas selesai pembuangan air besar atau air kecil. Ia sangat berguna untuk kegunaan membasuh anggota sensitif anda setelah selesai menggunakan tandas. Ketersediaannya sangat  penting sehinggakan tandas awam yang mempunyai bidet akan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia apabila terpaksa menggunakan tandas di luar. 

coway BTS

Bidet Dan Orang Kita

Apabila bercakap soal keselesaan, bidet merupakan antara keperluan asas hidup yang penting bagi rakyat Malaysia selain makanan dan tempat tinggal. Untuk menjamin keselesaan pengguna apabila menggunakan tandas, ketersediaan bidet amat penting. Atas faktor kemudahan yang terdapat pada bidet, alat ini kebiasaannya boleh ditemukan di tempat awam seperti pejabat, komplek beli-belah dan perusahaan hotel. 

Bila dilihat pada jenama pula, bidet Coway merupakan antara bidet yang terbaik untuk kegunaan pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah berdasarkan atas faktor mesra pengguna dan keberkesanannya yang sudah terang lagi bersuluh. Coway pula mempunyai beberapa jenis bidet yang unik tetapi cukup efisien dalam memudahkan urusan harian kita sebagai pengguna. Bidet Coway terbahagi kepada 4 jenis bidet iaitu Lily, Bateri Bidet, Fontana & Bidet. Kesemua 4 jenis bidet ini mempunyai kegunaan dan fungsi mereka tersendiri yang bersesuaian dengan keperluan pengguna sebagai individu. Ia boleh diibaratkan seperti keinginan kita sama ada ingin memiliki tandas mangkuk ataupun tandas duduk.

Jenis-jenis Bidet Coway

Manual Bidet

Model bidet Coway bidetyang cukup senang dikendali dan diketahui umum kerana persamaannya dengan kebanyakan Bidet di negara kita adalah Manual Bidet. Walaupun mempunyai reka bentuk dan fungsi yang boleh dikatakan cukup umum, ia sebenarnya dilengkapi dengan sistem penapis air yang bukan sahaja bersih tetapi cukup efektif dalam mencegah kuman dan bakteria merbahaya. Manual Bidet ini tidak menggunakan sebarang tenaga elektrik selain kelebihannya yang mesra pencemaran bunyi di mana ia dapat mengurangkan bunyi apabila mangkuk tandas di tutup selepas digunakan. 

coway manual bidet

Ada beberapa ciri-ciri mengenai Manual Bidet yang menjadikannya unik dan efektif, salah satunya adalah sistem penapisan Nano Silver Ceramic yang berfungsi untuk menapis air dengan berkesan bagi mencegah jangkitan bakteria. Selain itu, manual bidet ini dapat menyelaraskan penggunaan tekanan air dan sistem udara tambahan dengan baik sekaligus mampu mengurangkan penggunaan air sekaligus menjimatkan kos bil air dalam tempoh jangka masa yang panjang. Manual Bidet Coway juga mudah dipasang kerana sambungan boleh laras yang sesuai dipasang dengan mana-mana mangkuk tandas kegunaan harian. Dari segi memastikan kebersihan, Manual Bidet Coway mempunyai muncung yang berkembang dengan pancutan air berasingan untuk memastikan cucian lebih bersih.

Water Softener Coway Lily

Model kedua Bidet Coway ialah Water Softener Coway Lily. Ia merupakan water softener dan produk yang cukup popular dalam kalangan pengguna Coway. Seperti namanya, water softener ini ialah alat yang digunakan untuk melembutkan air paip yang ‘keras’. Ini kerana air paip boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu soft water dan hard water. Apa yang membezakan dua jenis air ini ialah hard water mengandungi garam mineral kasar manakala soft water pula mengandungi garam mineral halus. Apa yang model Lily dari bidet Coway mampu capai adalah ia akan menukarkan atau menggantikan kandungan mineral kalsium-magnesium dalam paip tadi dengan garam natrium. Proses ini dipanggil sebagai ‘Ion Exchange’. 

Coway Lily kini juga diperkemas lagi dengan penambahan vitamin C sebagai pemangkin. Fungi utama water softener lily coway ialah melembutkan rambut, dan adanya vitamin C dalam air mandian anda. Kelebihan Water Softener Coway Lily dapat menapis sebarang lebihan klorin bagi memastikan kulit anda tidak rosak mahupun kering, ia juga boleh disambung dengan water heater dan menapis kotaran yang kasar pada air paip bilik air anda. Water Softener Lily Coway ini juga tidak memerlukan sebarang pemasangan plug soket.

coway lily

Bateri Bidet

Selain itu, Bidet Coway mempunyai produk lain iaitu Bateri Bidet Coway. Ia merupakan salah satu bidet digital yang dihasilkan oleh syarikat Coway. Kelebihan produk ini adalah menggunakan bateri tanpa perlu bergantung pada plug soket, cukup sekadar pasang dan boleh terus diguna. Ia bahkan boleh dicaj dengan menggunakan bateri rechargeable double A (AA). Bukan itu sahaja, Bateri Bidet Coway lebih bersih dan selesa untuk digunakan kerana ia langsung tidak memerlukan penggunaan tangan untuk mencuci kotoran pada anggota tubuh badan kita. 

Hanya dengan menggunakan hos air dua tahap kelajuan, Bateri Bidet  akan memastikan kebersihan di setiap bahagian sensitif tubuh badan pengguna dijamin bersih sepenuhnya. Bateri Bidet  ini juga ada 2 hos nozzle, satu di bahagian depan dan satu lagi di bahagian belakang. Jika menggunankan bateri, bidet Coway ini akan sentiasa memastikan persekitaran tandas yang digunakan dalam kedaan yang kering sekaligus mendorong lebih banyak penjimatan air selain memastikan kebersihan dari penyebaran bakteria merbahaya. 

Tempat duduk bidet Coway ini juga dilengkapi dengan sensor automatik untuk mengesan posisi kedudukan pengguna di mana ia menjalankan tugasnya untuk menghalang air dari terpercik keluar. Tambahan pula, corak rekaannya yang bersifat universal cukup mesra pengguna, diikuti pula dengan fungsi mesra pengguna Bateri Bidet yang memastikan notifikasi ‘low battery’ secara automatik mengeluarkan isyarat pemberitahuan pada skrin panel one-touch.

coway bateri bidet

Fontana

Model Bidet yang tidak kurang hebatnya adalah model Fontana. Coway Fontana dilengkapi dengan tempat duduk yang dihangatkankan cukup suam untuk keselesaan optimum dan dilengkapi dengan penapis air tandas digital yang bukan sahaja bersih tetapi cukup mesra pengguna. Bidet Fontana juga mempunyai sistem pengeringan yang lembut pada bahagian sensitif tetapi dalam masa yang sama cukup menjimatkan dari segi tenaga elektrik. 

Bidet Coway Fontana turut dilengkapi dengan ciri tambahan yang bukan sahaja berkualit tetapi terbaik dengan pancutan air lengkap dengan buih udara untuk menyegarkan air yang disalur keluar. Seterusnya, Bidet Coway Fontana ini juga merupakan salah satu produk Coway yang cukup popular dari segi futuristik pada hari ini kerana fungsi-fungsi canggih yang terdapat padanya. Jika bukan kerana konsep mesra pengguna yang cukup sinonim dengan keselesaan rakyat Malaysia, semestinya Bidet Coway Fontana menjadi pilihan paling popular bukan sahaja dalam kalangan produk Coway tetapi dalam kesemua jenama bidet di pasaran Malaysia.

coway fontana

Perlukah Bidet Coway Di Rumahku ?

Kesemua bidets ini membuktikan bahwa tidak dapat nafikan kelebihan Bidet Coway untuk kegunaan di dalam tandas kerana ia amatlah penting apatah lagi apabila air paip yang disediakan tidak semuanya ditapis dengan baik dan sering didapati tidak bersih terutamanya untuk kegunaan harian dalam aktiviti seharian sebagai seorang manusia. Pemilihan produk Coway yang terdiri daripada bidet adalah salah satu pilihan yang cukup tepat bagi pelanggan yang menginginkan air bersih dan selamat untuk kegunaan mandian harian.

Bagi pengguna setia produk Coway, keputusan untuk memlih dan menggunakan produk bidet Coway adalah satu keputusan yang cukup tepat dan bernas. Bukan itu sahaja, Coway turut menawarkan servis yang efisien di mana setiap 2 bulan sekali, pekerja mereka akan datang dan memastikan setiap pelanggan Coway menerima servis sewajarnya bagi menukar penapis baru supaya air yang digunakan sentiasa bersih dan selamat. Pelbagai promosi juga Coway telah sediakan bagi pelanggan yang ingin menggunakan produk bidet Coway dan sebagai salah satu cara memberi kesedaran akan kuman dan bakteria merbahaya. Hari ini, produk bidet Coway terdapat di pelbagai tempat dan boleh dicari berdekatan dengan kawasan kediaman orang ramai atau jika ingin lebih mudah, kita boleh terus berhubung dengan ejen jualan Coway yang sedia membantu. 

coway official

Hantar artikel pada geng