10 Ciri Dan Kelebihan Coway Water Yang Ramai Tak Tahu

Hantar artikel pada geng

Ramai rakyat Malaysia yang masih tidak tahu ciri-ciri hebat dan menarik yang ada pada Coway Water Filter. Tak dinafikan rata-rata dari mereka tahu akan kepopularan jenama Coway yang usianya sudah mencecah lebih 16 tahun sejak bertapak di mana ia mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2006 di Malaysia. Kini, syarikat Coway menyasarkan untuk mencapai lebih 2 juta pelanggan di Asia Tenggara termasuklah Malaysia dengan fokus utama terhadap produk Coway Water.

Di era kepantasan 5G berkembang, semakin banyak jenama mesin penapis air baru yang tumbuh serupa cendawan selepas hujan di pasaran Malaysia. Mereka tanpa segan silu memberikan jaminan bak bulan dan bintang seolah-olah produk mereka sudah sekian lama berada di pasaran. Tak kurang juga ada yang hanya sekadar fokus pada publisiti besar-besaran diikuti dengan pemasaran berterusan tanpa mengambil peduli sedikitpun tentang kualiti dan ketahanan produk terlebih dahulu. Lazimnya, syarikat-syarikat yang menghasilkan penapis air sebegini tidak mempunyai sijil pengesahan kualiti, jauh sekali memiliki sijil seperti mana yang terdapat pada produk Coway Water.

coway water filter

Coway Secara Ringkas 

Bila sebut tentang Coway, kita boleh andaikan sendiri bahawa sebuah syarikat gergasi seperti Coway pasti mempunyai pusat kajian tersendiri di mana ia adalah andaian yang betul dan pusat kajian ini terdapat di Korea Selatan. Kajian yang dilakukan ini menempatkan beratus-ratus saintis dan jurutera pakar air dari seluruh pelusuk dunia untuk bersama-sama membuat kajian bagi menghasilkan penapis air yang benar-benar berkualiti dan selamat digunakan dalam produk Coway Water.

Hasil daripada kerjasama pakar saintis dan jurutera yang bijaksana lagi geliga, setiap mesin Coway yang ada hari ini pasti dilengkapi dengan 11 ciri-ciri penapis air Coway hasil penyelidikan berpuluh tahun lamanya yang dipertingkatkan dan diperkemas untuk kebaikan pengguna setia Coway. Kejayaan ini hanya dapat direalisasikan kerana usaha dan semangat setiap individu di Coway yang sentiasa berevolusi dan berkembang maju untuk menghasilkan penapis air yang bukan sahaja lebih canggih dan moden, tetapi turut menepati citarasa pengguna khususnya rakyat Malaysia hari ini.

Ciri-ciri Coway Water Filter Yang Perlu Anda Ketahui

(1) Filter AntiBakteria

Ciri pertama yang menjadikan Coway Water selamat diminum adalah rekaan tangki kedap udara yang direka khusus untuk mengelakkan bendasing merbahaya seperti habuk, serangga dan partikel kecil dari memasuki tangki simpanan air. Tangki ini secara tidak langsung sekaligus memastikan kualiti air yang ditapis terjamin sepanjang masa tak kira waktu atau cuaca.

Setiap Coway Water dilengkapi dengan satu lapisan penapis anti bakteria atau lebih mesra disebut sebagai “Antibacterial Ceramic Filter”. Seperti namanya, tujuan penapis ini dipasang adalah untuk menapis dan menghalang pembiakan bakteria dan kuman merbahaya dari terus membiak di dalam tangki air. Setiap air yang diproses dan ditapis akan melalui penapis ini sebelum disimpan di dalam tangki air untuk kegunaan harian rakyat Malaysia.

(2) Fitur Power Saving

coway malaysiaPeningkatan bil elektrik boleh menjadi salah satu faktor utama yang mendorong seseorang untuk menahan diri mereka daripada memiliki mana-mana produk Coway Water. Ditambah pula dengan kenaikan bil elektrik sejak era pasca wabak Covid-19, kecaknaan terhadap bil elektrik makin menjadi-jadi. Disebabkan itu, Coway Water turut hadir dengan fungsi jimat bateri atau “Power Saving” yang akan memastikan fungsi pemanas dan penyejuk air dimatikan secara automatik pada waktu malam dan tidak aktif bagi mengurangkan penggunaan elektrik yang berterusan.

(3) Bahan Asas Mesin Coway Water

Bila lihat produk Coway Water, mesti ada yang tertanya kenapa Coway Water banyak guna plastik dari besi? Kalau nak diikutkan banyak syarikat di luar sana yang menggunakan logam atau besi sebagai bahan utama. Ini kerana, penggunaan logam atau lebih sinonim dengan nama “Stainless Steel” boleh mengakibatkan pencemaran logam berat. Bagi sebuah mesin penapis air yang ingin menjaga kesihatan penggunanya, ini adalah kesilapan besar yang wajib dielakkan serta-merta. Oleh itu, kesemua produk Water Coway yang dihasilkan menggunakan plastik jenis BPA Free yakni plastik yang bebas dari bahan-bahan kimia berbahaya.

(4) Sijil Halal Jakim

Walaupun ramai akui mesin penapis air sememangnya halal, tidak ramai yang tahu tak semua mesin penapis air mempunyai sijil halal Jakim. Coway telah mengambil inisiatif untuk pengguna yang beragama Islam dengan memohon sijil halal Jakim kerana mereka yakin setiap bahan yang digunakan dalam produk Coway terhindar sepenuhnya dari bahan yang haram dan terlarang. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah penganut agama Islam, sesuai sangatlah inisiatif ini kerana ia cukup bertepatan dengan citarasa majoriti rakyat Malaysia.

(5) Fungsi Boleh Laras Untuk Pengawalan Suhu

Tidak ramai yang tahu tetapi Coway Water direka dengan fungsi boleh laras untuk memilih jenis suhu minuman yang terbahagi kepada 5 jenis. Ia adalah suhu panas, suhu kurang panas, suam, suhu sejuk dan suhu bilik. Ciri ini membolehkan setiap pengguna Coway Water untuk menikmati air minuman mengikut citarasa mereka pada bila-bila masa di mana jua tanpa perlu memikirkan atau membuat sebarang persediaan langsung. Cukup sekadar tekan punat butang dan nikmati minuman anda sepuas hati.

coway water purifier table top

coway malaysia

(6) Keselamatan Air Panas

Satu ciri yang selalu tidak diberi perhatian adalah ciri keselamatan air panas. Walaupun nampak biasa tetapi ciri ini sangat berguna untuk memastikan anak kecil tidak tercederakan diri mereka sewaktu di luar pengawasan orang dewasa. Setiap Coway Water dilengkapi dengan ciri ini bagi memastikan anak kecil tidak terkena air panas sekaligus menjadikan mesin Coway Water mesra keluarga.

(7) Fungsi Kawalan Sukatan Air

Tak semua mesin penapis air mempunyai sukatan air dan Coway sangat menekankan perkara ini. Dengan mengambil anggara jenis saiz minuman yang biasa diminum oleh rakyat Malaysia, setiap produk Coway Water dilengkapi dengan sukatan air yang boleh dilaras pada isipadu sesuai dengan kehendak rakyat Malaysia. Kalau anda nak air secawan, ambil 250ml. Nak air satu teko, ambil 500ml. Nak isi air untuk riadah, ambil 1 liter dan begitulah seterusnya. Tanpa perlu anggar sendiri atau menunggu depan mesin, cukup dengan satu klik dan anda boleh dapat kuantiti air sesuai dengan citarasa anda. 

(8) Paparan Suhu Elektronik

Atas dasar canggih dan berteknologi tinggi, Coway Water juga turut dilengkapi dengan paparan suhu elektronik yang memaparkan tahap air terkini. Dengan fungsi ini, anda boleh mengetahui tahap suhu air panas atau sejuk yang ada didalam tangki sama ada ia berada pada aras maksima atau sebaliknya. Indikator suhu ini juga membantu anda untuk mengetahui paras air tangki di dalam produk Coway Water.

(9) Sistem Keselamatan Tekanan Air

Antara ciri lain yang canggih dan berteknologi tinggi adalah sistem keselamatan tekanan air yang dilengkapi dengan peranti moden untuk memberitahu anda tahap tekanan air semasa. Jika Coway Water yang anda miliki mengesan tekanan air rendah, ia akan terus mematikan fungsi pemanas atau penyejuk air untuk tujuan keselamatan.

(10) Filter Berelemen Kelapa ?

Siapa sangka, secanggih-canggih mesin Coway Water, ia tetap menggunakan elemen yang sering kita tahu dan kenal, kelapa. Dengan menggunakan ekstrak kelapa pada salah satu penapis Coway Water yang lebih dikenali sebagai “Inno Sense Filter”, penapis air ini akan merawat air yang ditapis dengan membuang mana-mana rasa payau dan kurang enak. Setiap air yang melalui penapis ini pasti akan rasa lebih nyaman dan seronok untuk dinikmati.

Coway Water Patut Dimiliki Semua

Apabila mengetahui kesemua ciri utama dan ditambah pula kualiti yang cukup memuaskan. rata-rata pengguna Coway sangat berpuas hati dengan Coway Water. Rasanya memang kena dengan tekak tak kira usia ataupun ras. Ini akan mendorong keinginan untuk minum air putih selalu dan bagi yang berkeluarga, ia cukup bagus untuk tumbesaran anak-anak dan warga emas. Mungkin produk Coway bukanlah pilihan semua rakyat Malaysia atas pelbagai faktor yang tidak dapat diringkaskan dalam satu artikel, tetapi keberkesanan produk Coway Water dalam menyajikan air bermutu tinggi terhadap rakyat Malaysia sedikit sebanyak berbicara di situ.

coway water filter BTS

 

Hantar artikel pada geng