Kenapa Rakyat Malaysia Wajib Beli Tilam Coway

Hantar artikel pada geng

Tilam Coway Pulak Kita

Setelah lebih 13 tahun Coway menapak di bumi Malaysia ini, syarikat gergasi Coway yang terkenal dengan produk Penapis Air Coway dan Penapis Udara Coway telah memperkenalkan satu lagi produk baru sesuai untuk kegunaan seisi keluarga iaitu Tilam Coway. Walaupun ia baru diperkenalkan di Malaysia, Tilam Coway telah diguna pakai secara meluas di Korea Selatan sejak beberapa tahun yang lalu.

Terdapat pelbagai jenis kebaikan dan kelebihan apabila menggunakan Tilam Coway ini. Mesti anda tertanya kenapa kita perlu memiliki Tilam Coway sebagai tilam utama di rumah? Apa bezanya Tilam Coway dengan tilam-tilam lain yang berlambak berada di pasaran?

BTS ialah duta baru coway

Tilam Yang Lebih Berkualiti

Seperti mana yang kita semua tahu, dalam kehidupan seharian kita akan bekerja sekurang-kurangnya selama 8 jam sehari jika tidak lebih dari itu. Disebabkan itu, setiap orang yang bekerja memerlukan waktu tidur yang mencukupi di samping tidur yang lena dan nyenyak. Sebagaimana dengan waktu kerja, kita memerlukan tidur yang cukup dengan kadar waktu yang paling bagus adalah 8 jam sehari bagi memudahkan kita melakukan aktiviti harian dengan penuh bertenaga. 

Semua orang pasti menginginkan dan mementingkan tempat tidur yang selesa bersama tilam katil empuk. Disebabkan itu, pemilihan tilam memainkan peranan yang cukup penting kerana tilam yang berkualiti direka dengan fungsi untuk menjaga struktur tulang belakang di mana apabila setiap kali kita bangun dari tidur, kita bukan sahaja akan kelihatan segar dan sihat, tetapi kita merasa lebih bersemangat untuk menjalani tugas-tugas kehidupan harian. 

Tilam yang dipilih juga mestilah dari jenis fabrik yang senang untuk dicuci lagi-lagi apabila tilam merupakan keperluan rumah yang kita akan guna setiap hari. Di sini kita boleh lihat kelebihan tilam yang dikeluarkan oleh Coway yang mempunyai kualiti tilam terbaik sesuai untuk semua lapisan pengguna Malaysia.

Tilam Coway model Prime Series

Tilam Coway model Prime Series menumpukan pada 4 objektif utama. Keempat-empat objektif tersebut adalah menikmati keselesaan tidur yang premium, sokongan ideal, bebas dari ketegangan dan kebersihan yang cukup optimum. Setelah dilakukan uji kaji antara pakar dengan data yang dikutip, kajian mendapati 9/10 daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah tidur seperti kesukaran tidur seakan-akan insomnia, sering terjaga di tengah malam, selalu kelihatan penat walaupun tidur lebih 8 jam, sakit dan pening kepala, cenderung menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian penuh, masalah tubuh badan seperti sakit bahu dan leher yang juga diikuti dengan mengalami masalah tekanan emosi. 

Kesemua masalah ini berpunca daripada kesilapan dalam memilih tilam untuk kegunaan harian. Bagi mengatasi masalah ini sekaligus menjadi penyelesaian kepada pengguna setia Coway, Tilam Coway telah didatangkan dengan kombinasi 5 lapisan fabrik untuk memberikan keselesaan yang maksima kepada pengguna bagi mendapatkan tidur nyenyak. Lima lapisan tersebut adalah memory foam, 100% natural latex, coconut fiber, anti- static fabric dan 5 zone pocket spring. 

tilam coway prime series

Jawapan Kepada Masalah Susah Tidur

Kesukaran untuk tidur adalah masalah yang sering dihadapi oleh sesiapa sahaja. Masalah ini boleh dikaitkan dengan kajian yang dibuat di mana mereka mendapati badan kita mempunyai banyak caj statik. Caj statik pada badan manusia kerap memberikan pelbagai gangguan kepada mental kendiri. Antara punca-punca gangguan statik adalah dari penggunaan barang elektronik, fabrik, pencemaran dan pelbagai jenis faktor lain lagi. 

Caj statik yang terlalu tinggi akan menganggu waktu tidur kita. Tilam Coway model Prime Series menjadi jawapan kepada permasalahan ini, kita tidak perlu risau lagi tentang masalah-masalah tersebut kerana lapisan atas Tilam Coway model Prime Series dilengkapi dengan anti-statik fabric. Ia bertindak untuk menyerap semua statik dalam badan anda dan dilepaskan ke udara. Anti-statik fabric ini juga akan menghilangkan rasa stress sewaktu kita tidur di atas Tilam Coway ini. Lapisan ini akan ditukar 3 tahun sekali, bergantung kepada keperluan. 

Lapisan seterunya adalah lapisan latex di mana Tilam Coway diperbuat daripada 100% latex yang memberikan keseimbangan yang unik untuk menyokong tulang belakang kita sewaktu kita tidur. Selain daripada itu, ia juga bebas daripada bakteria dan kuman kerana latex juga membenarkan pergerakan udara keluar dan masuk ke dalam lapisan tilam. Tilam Coway model Prime Series ini juga didapati cukup berguna dan efisien untuk menyokong dan mengelakkan masalah daripada sakit belakang dan tidur akan menjadi lebih lena tanpa sakit badan. 

coway official

Sistem Sokongan Yang Padu

Bukan sekadar lapisan tilam, Tilam Coway juga turut mempunyai foam memory yang dapat memberikan sokongan terhadap badan secara sekata mengikut bentuk asal tubuh badan pengguna. Foam memory ini juga bertujuan untuk menahan tekanan graviti yang didorong oleh berat badan pengguna. Ditambah pula jika pasangan anda tidur dengan lasak, ciri khas foam memory yang terdapat di Tilam Coway ini, ia lebih dari mampu untuk megelakkan gangguan tidur oleh sebarang pergerakan kasar.

5 zone pocket spring yang terdapat pada Tilam Coway sangat membantu dalam sistem sokongan yang direka khas untuk memberikan sokongan yang terbaik. Lapisan spring ini akan memberikan sokongan terhadap tindak balas yang berbeza mengikut lengkungan semulajadi badan dan berat badan kita. Jika tidur bersama pasangan, ia akan mengurangkan kesan pergerakan pansangan anda secara drastik sekaligus memastikan anda sebagai teman tidur sekatil tidak terganggu dan mendapat tidur yang nyenyak dan mencukupi. 

Lapisan ini juga bertujuan mengawal pergerakan bermula dari zon kepala, bahu, tulang belakang, lutut dan juga kaki. Tetapi lapisan ini semua tidak lengkap tanpa lapisan coconut fiber yang menjadikan Tilam coway dipenuhi serat kelapa dan merupakan lapisan yang terakhir yang bukan sahaja bertindak untuk menyokong badan, tetapi dalam masa yang sama ia mempumyai sifat menyerap kelembapan untuk menyerap sebarang kelembapan yang wujud dalam tilam, sekaligus membantutkan sebarang pertumbuhan kulat dan hidupan mikro yang lain. 

Lapisan serat kelapa sangat berguna di negara tropika seperti kita kerana ia juga dapat mengelakkan kita berasa panas ketika tidur diatas Tilam Coway walaupun berada dalam keadaan cuaca yang panas terik.

Servis Cuci Tilam Percuma

Dengan membeli dan memiliki Tilam Coway ini, Coway akan memberikan servis cuci Tilam Coway secara percuma. Coway menawarkan servis pembersihan secara percuma bagi setiap 4 bulan selama 5 tahun tanpa banyak soal. 

Proses pembersihan ini bukan sahaja menggunakan penyedut hampas, malah turut melibatkan kaedah pembasmian bakteria yang canggih seperti UV Sterilisation. Ini bertujuan untuk memastikan semua lapisan tilam berada dalam tahap kebersihan yang terbaik dan optimum. 

Jika anda tidak menggunakan Tilam Coway, jangan risau kerana servis pembersihan dan pembasmian yang dilakukan oleh Coway turut boleh digunakan kepada mana-mana tilam dari mana-mana jenama sekalipun. Setidaknya anda sebagai pengguna boleh memastikan tilam kesayangan anda diselenggara dengan baik oleh pakar yang bukan sahaja profesional tetapi diiktiraf di dunia perhotelan.

CODY tengah bersih rumah

Buatlah Pilihan Yang Bijak

coway officialTilam yang berkualiti, apabila dijaga dengan baik dan rapi pasti akan memberikan kepuasan tidur yang cukup nyenyak dan lena.

Apapun, yang paling penting sekali bila anda nak beli tilam, buatlah pilihan yang tepat dalam memilih tilam berkualiti. Tidak dapat dinafikan, Tilam Coway yang dikeluarkan oleh Coway semestinya tilam yang diyakini mutu dan kualiti. Testimoni dari kebanyakan pengguna Coway juga sangat memberangsangkan dengan jualan Tilam Coway yang semakin meningkat. Ditambah dengan harga mampu milik dan pelbagai faedah percuma dari segi servis pelbagai jenis selama 5 tahun pasti menjamin kualiti katil selesa untuk kegunaan semua. 

 

Hantar artikel pada geng