Lombok 3 Coway Membuatkan Si Dia Semakin Jatuh Cinta
Pengguna penapis udara Coway di Malaysia pasti teruja apabila mengetahui Coway telah memperkenalkan siri terbaru model penapis udara Lombok iaitu Lombok 3 Coway. Seperti kebanyakan jenama gergasi lain di luar sana, Coway juga tidak ketinggalan untuk sentiasa menaiktaraf teknologi mereka demi kepuasan pelanggan setia. Jika syarikat gergasi seperti Xiaomi menaiktaraf model dan kualiti telefon pintar hingga berjaya meraih peningkatan pengguna setia terbesar di dunia pada hari ini, syarikat Coway juga sentiasa menaiktaraf penapis air dan udaranya selari dengan teknologi demi menjamin keselesaan dan kesihatan pengguna. Disebabkan itu, penapis Udara Lombok 3 Coway ini direka dengan ciri konsep moden yang dilengkapi fungsi futuristik dan ianya bukan sekadar menapis udara semata-mata. Anda sebagai pengguna juga dapat memanfaatkannya untuk mengenalpasti indeks udara di persekitaran kediaman anda di mana ia dilengkapi dengan teknologi canggih seperti RBD Plasma dan Ionizer, khusus untuk memastikan udara yang ditapis bebas kuman dan partikel berbahaya.
Lombok 3 Coway Membuatkan Dia Semakin Jatuh Cinta
Pengguna baru pasti akan tertanya-tanya, apa kepentingan dan kelebihan apabila menggunakan penapis udara model Lombok 3 dalam kehidupan seharian kita? Jawapannya, cukup banyak sekali. Jika anda ada bela haiwan peliharaan seperti kucing, ia boleh menghilangkan bau najis haiwan peliharaan anda di dalam rumah. Si empunya kucing pasti suka dengan penyelesaian ini terutamanya mereka yang membiarkan si comel bermain dan berkeliaran di luar rumah setiap hari. Ia juga dapat membasmi bau asap dapur dan asap rokok bagi mereka yang merokok. Nak dipendekkan cerita, selagi mana bau itu hadir, Lombok 3 pasti dapat membasmi bau tersebut. Akan tetapi, yang paling penting adalah ia dapat membunuh setiap kuman dan virus merbahaya yang sering terdapat di persekitaran rumah anda. Ini kerana model ini direka khas untuk kegunaan rakyat Malaysia dalam persekitaran seharian yang kita lalui hari-hari. Apabila masalah bau yang kurang menyenangkan ini berjaya dibasmi, anda dan ahli penghuni rumah yang lain pasti akan kurang jatuh sakit yang lazim kita hadapi seperti demam, bersin dan juga selesema kerana punca penyakit tersebut telah dibasmi sepenuhnya hanya dengan menggunakan mesin penapis udara Lombok 3 Coway. Ini secara tidak langsung turut membantu mana-mana individu yang mengalami masalah asma akibat debu dan bulu haiwan yang sering belegar di udara.
Terasa Segar Bersama Yang Tersayang
Seterusnya, kelebihan yang paling tidak boleh diabaikan adalah Lombok 3 Coway cukup sesuai untuk menyamankan udara di dalam rumah agar udara di dalam rumah sentiasa segar dan berkualiti untuk kegunaan semua penghuni. Kesemua kelebihan ini boleh didapati dari 6 jenis lapisan penapis yang terdapat di dalam mesin penapis udara Lombok 3, dibina khas dengan teknologi moden yang serba canggih. Lapisan pertama adalah penapis awal atau lebih dikenali dengan nama “Pre-Filter”, ia berfungsi dengan cukup efisien untuk menyedut habuk dan partikel kecil seperti rambut dan bulu binatang. Mana-mana partikel yang lebih kecil akan ditapis oleh lapisan penapis yang kedua iaitu penapis habuk halus di mana tugasnya adalah untuk menapis partikel yang sangat kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar seperti dedebu halus. Dari segi bau pula, penapis HEPA digunakan untuk tujuan ini disamping menghapuskan mana-mana bakteria dan kuman merbahaya. Jika penapis ketiga ini gagal, penapis keempat iaitu penapis RBD Plasma akan memastikan saki-baki kuman dan bakteria yang terlepas hapus sepenuhnya. Sebaik saja berjaya memastikan udara bersih dan tiada bau yang memualkan, penapis kelima yang dikenali sebagai penapis pemangkin akan bertindak meneutralkan gas berbahaya dan berpotensi tinggi untuk mengancam tubuh badan manusia. Akhir sekali, udara yang telah dibersihkan akan ditapis dengan teliti sekali lagi dengan penapis “AC Deodorisation” untuk memastikan udara yang dirawat bebas dari sebarang pencemaran dan bersih untuk disalur keluar.
Mengapa Anda Perlu Beralih Dari Lombok 2 Ke Lombok 3
Saya Adalah Pemilik Lombok 2
Bagi pemilik Lombok sebelum ini, anda mungkin tertanya-tanya apa beza antara model Lombok 2 dan model yang ada harini ini. Model Lombok 2 telah berada di dalam pasaran cukup lama, ia kini hampir mencapai usia 10 tahun sejak ia mula diperkenalkan. Model Lombok 2 tidak dinafikan keberkesanannya kerana ia cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan kelebihan Lombok 2 dalam menyalurkan udara bersih dan antara model penapis udara terbaik yang Coway pernah hasilkan. Semenjak negara kita dilanda wabak COVID-19 diikuti dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat Malaysia telah mengambil keputusan untuk memiliki mesin penapis udara Coway dan model Lombok 2 adalah yang paling laris kerana ia cukup berkesan dalam menghapuskan kuman dan virus yang berlegar di udara. Ramai pengguna turut mengakui bahwa mereka merasa tenang, nyaman dan selesa dengan persekitaran rumah mereka apabila menggunakannya. Rata-rata pengguna juga tidak lagi risau dengan tahap kualiti udara di rumah.
Perlukah Saya Beralih Ke Lombok 3
Akan tetapi, syarikat Coway ingin memastikan kesihatan pengguna Coway terjamin sebaik mungkin lagi-lagi apabila kes Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda ingin tamat apabila munculnya cabang mutasi varian lain. Disebabkan itu, model penapis udara baru Lombok 3 telah direka semula dan diperkuatkan lebih dari model Lombok 2 untuk menepati citarasa dan keperluan persekitaran hidup hari ini dengan teknologi yang lebih moden di mana ia bukan sekadar untuk menapis udara sahaja. Dengan menggunakan mesin penapis udara Lombok 3, anda boleh mengetahui indeks kualiti udara di dalam rumah anda sendiri tanpa perlu menggunakan apa-apa alat lain. Indikator yang terdapat pada Lombok 3 ini akan menunjukkan status persekitaran rumah anda apabila ia menjalankan kerjanya dalam menapis udara di kawasan sekeliling. Bukan itu sahaja, indikator yang terdapat pada model Lombok 3 adalah indikator habuk halus yang cukup efisien pada kawasan musim tropika seperti negara kita. Berbanding dengan Lombok 2 yang menggunakan penapis Legionella, penapis ini direka untuk negara 4 musim seperti Korea dan tidak dapat berfungsi dengan efisien apabila digunakan di negara satu musim seperti Malaysia.
Untuk Yang Tersayang Saya Memilih Lombok 3
Di sini kita boleh lihat bahwa mesin penapis udara Lombok 3 sememangnya direka khas untuk rakyat Malaysia kerana ia fokus pada iklim di rantau ini. Indikator habuk halus ini akan memastikan setiap partikel habuk dan debu-debu halus di kawasan sekitarnya ditapis dan dibersihkan tanpa sebarang kesan. Tidak hairanlah jika ada rakyat Malaysia hari ini menjadikan fungsi indikator habuk halus sebagai kayu pengukur status tahap kualiti udara. Sekiranya ingin dibandingkan dari segi tapisan habuk, Lombok 3 dapat menapis habuk sekecil “Particular Matter” 2.5 atau lebih senang disebut sebagai PM 2.5. Ini cukup jauh berbeza dengan Lombok 2 yang hanya boleh menapis habuk sekecil PM 10 kerana ia direka untuk negara 4 musim dan faktor lain yang tidak terdapat di negara kita turut dipertimbangkan semasa penghasilan mesin model sebelum ini. Sebagai perbandingan, diameter sehelai rambut manusia adalah lebih kurang 70 mikrometer. Saiz PM 2.5 adalah 30 kali ganda lebih halus dan kecil dari diameter tersebut, cukup kecil untuk menapis dan membasmi sekecil-kecil habuk di negara kita hari ini. Dengan lilit ukuran PM 2.5, pencapaian ini menjadi salah satu keutamaan dalam pembuatan penapis udara di Malaysia hari ini. Secara tidak langsung, ia juga memberikan kelebihan kepada model Lombok 3 dengan pengesan dengan sensitiviti yang tinggi cukup untuk mengesan mana-mana zarah partikel yang tercemar. Selain itu, sentuhan moden yang terdapat pada Lombok 3 adalah butang sentuh yang kena dengan citarasa moden pengguna penapis udara di Malaysia dan sememangnya berbaloi bagi mana-mana rakyat Malaysia, baik yang sudah ada mesin penapis udara atau tidak, untuk memiliki model Lombok 3.