Pengenalan Coway Malaysia

Hantar artikel pada geng

Coway Malaysia

Coway Malaysia adalah syarikat elektronik pengguna dan isi rumah nombor satu di negara Korea. Sejak dimulakan pada tahun 1989, mereka telah menjadi pendahulu dalam mengembangkan dan memajukan pasaran alat elektronik isi rumah. Setelah mendapat pengiktirafan untuk produk dan kualiti perkhidmatannya di dalam dan luar negara, Coway mula mempelbagaikan portfolio produknya. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan tahun 1990-an dengan Coway berubah menjadi pembekal elektronik isi rumah dalam erti kata sebenar. Dan perubahan ini boleh dilihat juga pada Coway Malaysia.
Syarikat ini telah memperluaskan rangkaian produknya dari peralatan air purifier hingga water purifier, bidet, pelembut air dan pelupusan sisa makanan. Kesemua produk ini dicipta untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan mereka di samping menolong memelihara alam sekitar.

Sejak penubuhannya, Coway water filter telah berkembang secara konsisten sambil mengekalkan ketelusan dan prinsip pengurusan etika. Pada tahun 1998, mereka telah memperkenalkan model perniagaan secara sewa untuk pertama kalinya dalam industri. Mereka juga telah menyediakan perkhidmatan sebelum penjualan dengan wakil perkhidmatan yang dipanggil “Cody”. Hasilnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini Coway Malaysia telah mendahului pemilihan Gallup dari segi market share, kepuasan pelanggan dan kesedaran jenama.

coway malaysia

Coway Secara Ringkas

Sejak pertengahan tahun 2000-an, syarikat ini telah aktif memasuki pasaran global. Ia telah menjadi syarikat elektronik isi rumah global yang terkemuka, sambil mengukuhkan kedudukan domestik mereka.

Pada masa ini, Coway mengendalikan lima anak syarikat luar negara. Salah satu daripadanya ialah Malaysia. Terdapat juga satu cawangan dan pusat logistik di Belanda dan mereka terus meningkatkan eksport serta membina asas yang kuat untuk pertumbuhan yang berterusan.  Sejak tahun 2009 khususnya , mereka telah meningkatkan kedudukan mereka sebagai syarikat yang berkelanjutan dengan memfokuskan pada pengurusan hijau/alam sekitar, dan sekaligus menerapkan pengurusan nilai pelanggan dan menyumbang kepada pembangunan manusia yang lebih lestari.

Coway di Malaysia

Coway diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2006. Dengan slogan “We Bring Wellness”, Coway Malaysia meletakkan dirinya sebagai jenama yang menjaga kesihatan dan persekitaran alam sekitar. Mereka menyediakan peralatan rumah yang 100% mesra alam untuk kesejahteraan pengguna mereka. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 40,000 pelanggan di Malaysia dan jumlahnya semakin berkembang pesat.

Visi Syarikat

coway malaysiaPada ulang tahun ke-20 syarikat iaitu pada bulan Mei 2009, Coway menyatakan visi  baru mereka “The 1st Green Global Leader which Designs a Healthy Tomorrow” . Mereka juga telah memilih keyakinan, rasa hormat, integriti, semangat, kepantasan dan tindakan serta kerjasama sebagai nilai terasnya. Syarikat itu juga telah menetapkan tahun 2009 sebagai tahun awal pengurusan khidmatan pelanggan dengan mengadakan upacara pengisytiharan inovasi perkhidmatan.

Coway menetapkan matlamatnya untuk menjadi penyedia perkhidmatan pelanggan di samping sebagai pengeluar elektronik pengguna yang utama. Untuk mencapai matlamat ini mereka telah mentakrifkan pelan tindakan dan nilai teras selaras dengan matlamat tersebut.

Falsafah Pengurusan Coway

Falsafah asas pengurusan Coway Malaysia ialah “Tto Tto Sarang” yang bermaksud “Cinta dan Cinta Lagi”.

Syarikat ini menjalankan perniagaannya dengan penuh kasih sayang kepada ahli individu syarikat, kepada pemegang saham, komuniti di mana mereka beroperasi malahan kepada seluruh dunia.

Dalam hal ini, “Tto Tto Sarang” adalah selaras dengan pengurusan kemampanan Syarikat Coway, yang menyumbang kepada pembangunan mampan manusia dan peningkatan nilai kepada pemegang saham mereka. Mereka mengejar penciptaan nilai dan pengurusan persekitaran untuk meningkatkan nilai saham syarikat dan mencipta semula syarikat mereka sebagai sebuah syarikat global.

Pelantikan kumpulan K-pop BTS sebagai duta global Coway

Coway secara rasmi telah melantik kumpulan K-pop yang telah menjadi fenomena antarabangsa iaitu kumpulan BTS sebagai duta jenama globalnya.

Dengan bekerjasama dengan BTS, syarikat ini berkata ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran jenamanya di Malaysia dan di seluruh dunia kerana Coway adalah jenama yang muda dan bertenaga.

Menurut statistic, Malaysia disenaraikan sebagai pasaran global ketujuh tertinggi yang menyumbang kepada 6.1 bilion tweet K-pop di Twitter.

Menurut jurucakap Coway Malaysia, mereka melihat sinergi yang natural antara Coway dan BTS. Mereka percaya kerjasama tersebut dapat menyuntik lebih kegembiraan dan keterujaan untuk pelanggan mereka untuk memiliki peralatan rumah dan sekaligus menyumbang kepada kesihatan global. 

coway harry core lucy

coway malaysia

Ceria Dengan Coway Malaysia

Produk dan usaha pemasaran syarikat Coway Malaysia sebenarnya bagi memenuhi keperluan keluarga muda.  Di mana bilangannya semakin meningkat serta pemilik rumah kali pertama.  Golongan seperti ini lah yang biasanya ingin melengkapkan sepenuhnya rumah mereka dengan peralatan rumah seperti water purifier ,air purifier , dispenser, bidet dan tilam yang berkualiti.

Sehingga kini, lebih tujuh juta rakyat Malaysia menggunakan produk Coway Malaysia yang memberikan mereka kemudahan harian serta ketenangan fikiran.

Dalam beberapa bulan akan datang, BTS akan dipaparkan secara menonjol di seluruh kempen media Coway dan platform media sosial termasuk TV dan iklan bagi mempromosikan rangkaian penuh produk Coway dan imej jenamanya.

coway stormBersama-sama dengan BTS,  Coway ingin menawarkan rakyat Malaysia satu perjalanan Mengubah Hidup kepada gaya hidup yang lebih bahagia dan sihat. 

 

 

 

 

 

 

Hantar artikel pada geng