Filter Air Coway Untuk Pejabat dan Kilang

Hantar artikel pada geng

Sekilas Tentang Tabiat Kerja Orang Malaysia

Semenjak kita dah berjaya masuk ke fasa dua dan fasa tiga ni, banyak sektor mula kembali beroperasi macam sedia kala. Kalau dulu, terpaksa kerja dari rumah berbulan-bulan lamanya, sampai naik tepu pesan makanan sama je setiap hari pakai aplikasi GrabFoodpanda dan yang terbaru AirAsiaFood (min suka yang ni sebab harga mknn RM1.20 je der!). Sekarang dah dapat merasa masuk tempat kerja semula, boleh lah jumpa rakan kerja lama. Sesetengah orang siap buat bekal lagi dengan filter air coway (walaupun dulu sebenarnya tak berapa rajin nak masak dekat rumah). Benda ni seolah-olah macam ada satu kelainan bila bekerja dari rumah dan bekerja di pejabat. Bila masuk pejabat, botol air mesti bawa sekali. Tabiat bawa botol air ke tempat kerja dah bukan perkara janggal sebab semua orang tahu kepentingan minum air putih setiap masa. Ia untuk memastikan badan sentiasa cerdas dan bertenaga. Disebabkan tabiat sihat inilah makin banyak syarikat yang mula menyediakan perkhidmatan mesin penapis air berdiri. Ini untuk memastikan pekerja mereka kekal bertenaga dan produktif. filter air coway harry core lucycoway official

Majikan Anda Prihatin….Atau Tidak ? 

Tapi kalau anda perasan, tak semua syarikat sediakan mesin penapis air yang betul-betul selamat untuk kegunaan pekerja. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pekerja am. Pernah beberapa kali timbul isu keracunan minuman apabila pekerja minum air tapis yang tidak diselenggara dengan baik. Sampai satu tahap, syarikat tak boleh beroperasi kerana ramai sangat jatuh sakit dan nak tak nak, terpaksa tanggung kerugian besar. Bukan nak kata majikan tak sediakan servis yang bagus, kalau tak bagus tak ada majikan nak sediakan penapis air percuma untuk pekerja mereka. Biasanya kalau jadi macam ni, ia disebabkan mesin penapis air yang digunakan kurang berkualiti. Ditambah pula dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang sekadar buat cukup syarat saja. Perkara ni orang biasa takkan perasan sampailah keadaan dah jadi makin kronik sehingga menyusahkan banyak pihak. Jadi, nak elakkan dari terjadi kes kronik yang boleh merugikan syarikat di masa akan datang, kita sebagai majikan atau pekerja atasan kena buat persiapan yang serba-serbi lengkap. Salah satunya adalah dengan menggunakan mesin penapis air yang berkualiti, tak susah pun nak cari. Bila dah sebut pasal mesin penapis air ni, kita mesti dah terbiasa dengar perkataan Coway kan?

Filter Air Coway Untuk Pejabat 

coway officialFilter air Coway memang cukup dikenali orang ramai sebagai pengedar mesin penapis air untuk kegunaan harian rumah. Tetapi Coway pun ada keluarkan mesin penapis air berdiri khas untuk kegunaan komersial seperti pejabat, kilang dan juga asrama.  Mesin filter air coway berdiri ni ada tiga jenis sahaja buat masa sekarang. Dan setiap satu dilengkapi dengan fungsi yang cukup lengkap untuk mana-mana syarikat tak kiralah syarikat kecil, sederhana ataupun besar. Bergantung pada bilangan pekerja yang kita ada, kita boleh pilih mesin penapis yang sepadan dengan keperluan pekerja.

Filter Air Coway Harry

Model yang paling sering digunakan oleh orang ramai ialah filter air Coway model Harry, ia kecil tapi cukup berkuasa. Tak pelik kalau ramai tahu pasal model ni. Ini kerana mesin penapis air ni merupakan salah satu mesin penapis air yang biasa dipakai di rumah. Sebabnya harganya yang murah dan servis yang cukup memuaskan untuk keluarga besar. Filter air Coway Harry ni boleh dikatakan cukup besar sebab dia ada kapasiti sebanyak 12 liter untuk simpan air setiap masa. Dengan jumlah air banyak tu, kalau bekalan air terputus sekejap pun takkan risau bila ada mesin ni. Tangki besar tu dah satu kelebihan, nak guna air sejuk dan air biasa pun senang sebab tak perlu susah payah, cukup sekadar pulas tombol sahaja. Dari segi kualiti air pula, mesin ni dilengkapi dengan 6 jenis lapisan penapis khas untuk pastikan air ditapis dengan baik. Dua lapisan pertama dilengkapi dengan “Neo-Sense” yang fokus untuk menapis kotoran partikel besar.  Kemudian ia akan melalui lapisan ketiga yang boleh membasmi kuman dan bakteria jahat dengan menggunakan gema elektromagnetik. Gema yang terhasil ini cukup sesuai untuk menghapuskan bakteria dan kuman kerana ia boleh memecahkan struktur asas setiap organisma merbahaya, ia berfungsi sama seperti getaran bunyi yang digunakan oleh petani untuk menakutkan haiwan liar tapi langsung tak dapat didengar oleh telinga manusa. Lapisan keempat dan kelima terdiri daripada lapisan karbon yang dipadankan dengan lapisan nipis untuk menapis partikel kecil supaya dapat memastikan air yang tehasil bebas daripada bau dan rasa yang meloyakan. Air yang terhasil kemudian akan melalui lapisan keenam, ia adalah lapisan terakhir yang memastikan tiada bakteria terhasil di dalam tangki air walaupun dibiarkan untuk satu tempoh waktu yang lama. filter air coway water harry

Filter Air Coway Core

Model filter air Coway jenis Core juga ada fungsi yang sama tetapi lebih sesuai untuk digunakan oleh ramai orang. Kalau Coway model Harry cukup sesuai untuk digunakan di rumah yang mempunyai ahli keluarga ramai, model filter air Coway Core pula sesuai untuk jumlah orang yang lagi berganda-ganda. Bukan apa, kalau satu keluarga mungkin paling ramai pun ada dalam 10 ke 12 orang, dekat tempat kerja mestilah lagi ramai. Bila lagi ramai, kena ada mesin penapis air yang cukup nak tampung lagi ramai orang. Filter air Coway Core ni ada kapasiti lebih 21 liter. Jumlah isipadu tangki ni hampir sama banyak dengan dua kotak air mineral yang biasa kita nampak dekat kedai.  Jadi cukup nak agih dekat 48 orang dalam satu masa. Itu baru kapasiti tangki air, model ni ada sensor untuk memudahkan pengguna isi air tanpa perlu bersusah payah. Fungsi ni cukup sesuai untuk kawasan kilang kerana kebersihan air masih terjamin walaupun selepas air dikeluarkan. coway official Disebabkan model ini memang dikhususkan untuk kawasan kilang, ia mempunyai satu lapisan penapis yang digunakan untuk proses “Reverse Osmosis” (RO). Fungsi RO adalah untuk menapis air dari partikel dan bakteria kecil yang berbahaya dengan lapisan yang teramat kecil, sekecil 0.0001 mikro. Proses RO ini juga cukup popular dalam kebanyakan model filter air Coway kerana ia langsung tidak menggunakan apa-apa bahan kimia untuk menjaga kualiti air. Kebanyakan kilang akan utamakan Coway Core kerana kosnya yang rendah.  Ia juga dapat digunakan dalam kuantiti ramai walaupun nampak tak berapa besar. Kalau ikut pengalaman saya sewaktu bekerja di syarikat yang menggunakan model ini, kerja-kerja penyelenggaraan akan diselia berkali-kali dengan ketat untuk memastikan komponen mesin tidak tercemar oleh bahan-bahan kilang yang biasanya mengandungi toksik berbahaya. Itu baru model filter air Coway Core, belum tengok lagi model paling canggih Coway yang lagi satu ni, filter air Coway Lucy Plus.  filter air coway water core

Filter Air Coway Lucy Plus

Kalau kita ada modal lebih dan nak tunjuk kasih sayang kita dekat pekerja-pekerja yang setia membangun bersama, boleh guna filter air Coway model Lucy Plus. Model yang nampak serba-serbi mewah ni ada semua fungsi penapis sama macam model Core, siap ada tambahan ais sekali. Kapasiti tangki untuk ais saja dah 1KG, lebih dari cukup nak bagi pengguna ambil banyak-banyak. Lagi-lagi bila waktu haus lepas penat bekerja. filter air Coway Lucy Plus cukup sesuai untuk diletakkan dalam bilik pantri yang tiada peti sejuk sebab ia boleh sediakan ais secara automatik. Bukan setakat sediakan ais secara automatik, nak ambil ais pun pakai cara automatik. Cukup sekadar hulur gelas je, tak perlu susahkan diri nak cedok tangan ambil ais. Coway ambil langkah ni sebab nak pastikan kita minum air dan ais yang bebas pencemaran walaupun ia dah berada di dalam gelas kita. Betapa Coway nak jaga kesihatan pengguna mereka sampai sanggup ambil lajak jauh yang kita sendiri tak terduga.      filter air coway water lucy plus

Jadilah Majikan Yang Bertanggungjawab

Sebab tu walaupun komponen penapis air yang disediakan oleh Coway memang direka untuk tahan lama, Coway akan memastikan penyelenggaraan berkala dibuat sekerap mungkin. Setiap dua bulan, mesin penapis air yang dikeluarkan Coway akan diselenggara tepat pada waktunya. Walaupun mesin tersebut tidak mempunyai apa-apa kerosakan. Tujuan Coway mengambil langkah ini adalah untuk memastikan kualiti air yang dihasilkan cukup bersih dan selamat untuk diminum oleh sesiapa sahaja. Dari datangnya air ke dalam mesin hinggalah ia dituang ke dalam bekas yang nak diminum, Coway cuba pastikan kualiti air terjamin tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Tugas kita pula terutamanya jika kita ini majikan, pastikan orang di tempat kita bekerja dapat bekalan air yang bersih dan terjamin kualitinya. Lebih-lebih lagi dalam musim pandemik ni. Pekerja sihat, kualiti kerja pun pasti hebat. coway official    

Hantar artikel pada geng