Perlukah Penggunaan Pembersih Udara Di Sekolah?

Hantar artikel pada geng

Pencemaran udara bukan lagi perkara asing di negara kita. Walaupun kita telah berusaha mengurangkan pencemaran udara dengan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, masih ada lagi pihak yang tidak ambil peduli dan meneruskan aktiviti harian mereka yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara.

coway air filter

coway official

Kehidupan dan Pencemaran Udara

Mungkin pencemaran udara yang paling ketara kita pernah lalui dalam masa terdekat adalah jerebu yang diakibatkan oleh pembakaran hutan secara besar-besaran dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Disebabkan kegagalan pihak kerajaan Indonesia dalam membendung pembakaran hutan, kita dan beberapa negara jiran lain seperti Singapura dan Brunei turut menerima tempiasnya. Pencemaran jerebu mungkin sudah tidak seteruk dahulu tetapi ia masih lagi ada, cuma tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.

Oleh itu, kita kena memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda hari ini dapat kekal menghirup udara segar. Walaupun kita dilanda krisis pencemaran udara yang serius, kita tetap kena pastikan anak-anak kita mendapat udara bersih. Tanpa udara segar, sel-sel otak tidak dapat berhubung dengan baik. Ini kerana paru-paru tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi sepenuhnya. Apabila sel-sel otak gagal berfungsi, anak-anak muda biasanya akan lebih cenderung untuk hilang fokus. Ini mengakibatkan mereka sukar menerima maklumat baru walaupun ia telah disampaikan berkali-kali.

Pencemaran Udara dan Sekolah 

Pihak sekolah sudah sedia maklum akan perkara ini dan beberapa langkah penyelesaian telah digunapakai sejak bertahun lamanya. Kalau kita perasan, kebanyakan bilik darjah mempunyai banyak tingkap untuk memastikan pengudaraan bersih sentiasa terjamin. Struktur sekolah pula didirikan dengan posisi untuk menerima cahaya pagi matahari supaya para pelajar dapat menerima vitamin D yang secukupnya sewaktu melakukan pembelajaran di dalam kelas.

Akan tetapi, pencemaran udara yang semakin berleluasa menyebabkan teknik yang telah diguna pakai sejak turun temurun semakin kurang efektif. Kalau dahulu, sekolah dibina di pinggir bandar supaya para pelajar dekat dengan flora dan fauna sekaligus menjamin kebersihan udara yang dihirup. Kini, bangunan dan perumahan membanjiri persekitaran sekolah tanpa meninggalkan sedikitpun flora dan fauna untuk tatapan anak muda. Bahkan, sebahagian pemaju yang kurang peka turut membina kilang berhampiran dengan sekolah.

Kalau anda ingat, selain jerebu dari Indonesia, kita pernah mempunyai budak sekolah yang pengsan akibat sesak nafas.  Mereka terpaksa diberikan rawatan kecemasan akibat terhidu bahan kimia yang dikendalikan secara ala kadar oleh pengurus kilang di Pasir Gudang, Johor. Kesemua sekolah di kawasan tersebut terpaksa dikosongkan dan puluhan budak sekolah terpaksa dimasukkan ke wad dan dirawat sehingga pulih. Ini jelas menunjukkan bahwa setiap sekolah perlu bersiap-siaga dalam memastikan persekitaran sekolah selamat dan sihat.  Lebih-lebih lagi bagi pelajar di sekolah yang berada di pusat bandar dan kawasan industri. 

Sekolah Dan Tindakan

pencemaran udaraSebahagian pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan dan keselamatan pelajar mereka terjamin. Di Australia, bagi mengekang pencemaran udara dari merebak ke kawasan-kawasan sekolah, beberapa sekolah telah membuat keputusan untuk memasang mesin pembersih udara. Mesin tersebut dipasang di setiap bilik darjah dan ruang aktiviti budak-budak sekolah. 

Pembersih udara yang digunakan pula bukanlah jenis sembarangan, mereka memastikan setiap kelas mempunyai pembersih udara dengan lapisan penapis jenis HEPA. Penapis HEPA cukup disyorkan kerana keberkesanannya dalam menapis partikel-partikel kecil seperti asap, bahan kimia dan juga bakteria berbahaya khususnya COVID-19. 

Bagi memastikan pelajar mereka dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa, sekolah-sekolah di Australia sanggup mengeluarkan dana untuk meletakkan dua mesin pembersih udara di setiap kelas. Dan di setiap kelas pula terdapat lebih kurang 20 ke 25 orang pelajar. Langkah ini dilihat sebagai langkah paling berkesan dan menguntungkan untuk jangka masa panjang. Ini kerana kebanyakan sekolah di sana tidak akan terlepas dari jerebu dan asap pembakaran terbuka yang sering terjadi secara semula jadi. Ditambah pula dengan krisis Covid-19 yang berlarutan, amat penting untuk memastikan pembelajaran anak muda tidak tergendala. 

Adakah Pembersih Udara Jawapan Kepada Pencemaran Udara ?

coway officialDi negara kita, kita boleh dikatakan sudah biasa menggunakan pembersih udara dengan penapis HEPA sebenarnya. Bezanya, kita banyak menggunakan mesin pembersih udara ini di ruang merokok. Ini kerana kesannya yang lebih ketara dalam memastikan bau dan sisa rokok tiada dalam jangka masa yang panjang. Kalau anda perasan, penapis HEPA sering dipanggil sebagai penapis asap rokok . Walaupun ia sebenarnya boleh melakukan lebih dari sekadar menapis asap rokok sahaja. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita fokuskan kegunaan mesin pembersih udara ini terhadap generasi muda. Kerana generasi muda inilah yang bakal menerajui negara kita di masa akan datang.

Mengambil iktibar dari apa yang telah dilalui oleh sekolah-sekolah di Australia, langkah yang sama boleh dikira wajar untuk diterapkan di sekolah-sekolah dalam negara kita. Ini kerana kita juga menghadapi krisis yang sama. Kelemahan kerajaan Indonesia dalam mengawal pembakaran hutan dan sikap sambil lewa industri perkilangan perlu ditangani dengan serius oleh pelbagai pihak, termasuk sektor pendidikan khususnya sekolah yang mendidik anak-anak muda hari ini.

Tak Mahal Ke Setakat Guna Untuk Budak Sekolah?

Mungkin ada pihak yang mempertikaikan kos bagi memiliki mesin pembersih udara, lagi-lagi apabila melibatkan dana persendirian sekolah. Beberapa langkah penjimatan sebenarnya boleh diambil bagi mengurangkan kos belanja sambil memastikan kualiti mesin sama seperti yang diharapkan. Sekolah-sekolah yang dibina berdekatan boleh membuat keputusan sebulat suara untuk membeli secara pukal. Dengan membeli secara pukal, mereka mungkin boleh mendapatkan harga kos yang jauh lebih murah berbanding harga yang dibeli di pasaran. Konsep ini sudah lama dipraktikkan oleh industri swasta. Tindakan tersebut dilakukan bagi memastikan pekerja mereka dapat bekerja dalam suasana yang sihat dan segar di samping memastikan kos belanja tidak melebihi bajet.

Untuk peringkat permulaan, pihak sekolah boleh meletakkan setiap mesin pembersih udara di kawasan-kawasan tumpuan ramai terlebih dahulu. Antara kawasan tumpuan ramai yang boleh diletakkan mesin pembersih udara adalah perpustakaan, dewan serbaguna dan juga ruang kaki lima. Dari masa ke semasa, pihak sekolah boleh menambah bilangan mesin pembersih udara sehingga setiap bilik darjah mempunyai sekurang-kurangnya satu unit mesin. 

 

Kementerian pelajaran malaysia logocoway official

Ini Adalah Pelaburan Jangka Masa Panjang

Dalam masa yang sama, kita kena lihat usaha kita ini sebagai salah satu bentuk pelaburan jangka masa yang panjang. Sama seperti yang dilakukan oleh generasi sebelum kita terhadap generasi kita. Kalau dahulu mereka bersusah payah mencari lokasi dan merangka struktur sekolah yang optimum untuk kegunaan generasi kita, sekarang giliran kita pula untuk memastikan persekitaran sekolah tersebut kekal optimum untuk kegunaan generasi masa kini.

Setiap pengorbanan yang kita lakukan hari ini pasti membuahkan hasil yang bermakna di masa akan datang, walaupun ia sekecil-kecil zarah udara untuk dihirup. 

Hantar artikel pada geng