Coway vs Cuckoo: Apa Perbezaan Antara Keduanya

Hantar artikel pada geng

coway vs cuckoo

Mesin penapis air bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam dunia kita hari ini.  Ia boleh dikira sebagai keperluan rumah yang sama penting macam peti sejuk dan periuk nasi. Ini kerana kemudahan ini sekarang sudah ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Kalau dulu, mesin penapis air ini cuma boleh dapat diminum di pejabat atau kilang besar saja atas faktor kos yang tinggi. Orang kita pula akan suruh beli cerek elektrik atau cerek dapur gas sebab nak senang jerang air. Tapi sekarang, orang kita lagi galakkan ambil mesin penapis air. Bukan setakat boleh jerang air, nak dapat air sejuk pun senang.

Alang-alang dah sebut pasal mesin penapis air ni, biasanya ada dua jenama yang akan terlintas dekat dalam fikiran orang kita. Kalau bukan jenama Coway, mesti jenama Cuckoo. Jarang sangat nak sebut jenama lain walaupun ia dikeluarkan oleh syarikat besar seperti LG dan Panasonic; tak sinonim dengan jiwa orang kita rasanya.

Tapi kalau nak cekitout jugak , boleh tengok sini untuk water purifier LG

dan sini untuk water purifier Panasonic

LG PuriCare ™ Tankless Water Purifier        water purifier panasonic

Coway vs Cuckoo

Coway dengan Cuckoo ni pun kalau tengok dari segi luaran, tak banyak beza pun sebenarnya. Dua-dua produk ni terkenal dengan jenama penapis air yang cukup memuaskan, baik dari segi produk mahupun perkhidmatan pelanggan. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah orang yang lidahnya sensitif, mereka boleh rasa perbezaan antara jenis-jenis air putih yang diminum dan mesin penapis air seperti Coway dan Cuckoo tidak terkecuali.

Jadi kita kena lihat apa yang sebenarnya membezakan kualiti air Coway dan juga Cuckoo. Kalau diikutkan dari kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat Coway dan Cuckoo ni, ada beberapa perbezaan dari segi penapisan yang mereka lakukan. Walaupun produk mereka mengambil sumber air dari tempat yang sama, iaitu air paip.

Coway vs Cuckoo: Perbezaan Jenis Penapisan

Coway mempunyai pelbagai jenis mesin penapis air. Bergantung kepada model, Coway yang biasa dipasang di rumah menggunakan air jenis “Reverse Osmosis” (RO). Air jenis RO ialah air yang diproses dengan kaedah tapisan dari tekanan tinggi ke tekanan rendah untuk memecahkan molekul air daripada molekul besar seperti bakteria, kuman dan kotoran lain. Hasilnya, air RO dijamin 99% asli tanpa bahan kimia tambahan.

Cuckoo pula lebih popular dengan air jenis alkali ion, atau lebih mesra disebut sebagai air alkali sahaja. Air jenis alkali ion ini melalui proses penapisan yang dikenali sebagai elektrolisis. Sebagaimana yang kita pernah belajar di sekolah subjek sains waktu tingkatan satu dahulu, proses elektrolisis ada proses mengasingkan molekul hidrogen dan oksigen ke dalam dua tiub yang berbeza. Dalam masa yang sama, sebahagian air yang melalui proses ini akan menerima penambahan jumlah ion dan sebaliknya berlaku kepada sebahagian air yang lain. Kesan daripada proses elektrolisis, akan terhasil dua komponen air iaitu air alkali dan juga air berasid.

Untuk pengetahuan anda, kita sebagai manusia tidak boleh minum air berasid dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh membahayakan tubuh badan. Tetapi, air beralkali pula boleh dikatakan cukup bagus untuk tubuh badan manusia. Sekadar perkongsian tambahan, air zam-zam mempunyai nilai pH sekitar 8 pH sekaligus menjadikannya sebagai air beralkali.

coway water filter

Coway vs Cuckoo: Perbezaan Nilai pH Air

coway malaysiaSebut pasal pH air, cara untuk membezakan pH air adalah cukup mudah. Jika pH air menurun dari angka 6.9, ia bermaksud air tersebut berasid. Makin rendah pH air, makin tinggi kepekatan asid air tersebut. Untuk pH air dari angka 7.1 dan ke atas, ia bermakna air tersebut bersifat alkali. Air neutral mempunyai pH air pada skala 7.

Coway mempunyai pH air sekitar 6.5 hingga 7.5. Skala ini tidak mengejutkan kerana proses RO hanya menapis air melalui lapisan membran tanpa melakukan apa-apa proses kimia yang boleh menjejaskan kualiti air baik dari segi rasa mahupun bau. Kebanyakan orang boleh minum air RO tanpa masalah kerana ia tidak mempunyai bendasing.

Manakala Cuckoo pula mempunyai pH air sekitar 7 hingga 8, sesuai dengan panggilan air beralkali. Disebabkan air yang dihasilkan oleh Cuckoo adalah hasil proses elektrolisis, molekul air yang diproses berbeza dengan sumber air yang diambil. Seperti kebanyakan air beralkali di pasaran, ia mempunyai rasa yang sedikit berbeza. Dan ini kebiasaannya menyebabkannya kurang digemari oleh orang yang mempunyai lidah sensitif jika diminum dalam jangka masa panjang.

Walaupun air beralkali Cuckoo mempunyai skala pH yang hampir sama seperti air zam-zam, ini tidak bermakna kualiti air Cuckoo sama dengan kualiti air zam-zam. Nisbah ion yang dihasilkan oleh proses elektrolisis buatan manusia tidak sama seperti yang boleh didapati secara semulajadi.

Coway vs Cuckoo: Servis Penyelanggaraan

Dari segi servis pula, Coway kerap melakukan servis dengan kekerapan sebanyak 2 bulan sekali. Proses servis ini dilakukan bagi memastikan lapisan membran sentiasa dalam keadaan yang baik supaya kualiti tapisan air dapat dikekalkan pada kadar 99%.

Berbeza dengan Coway, produk keluaran Cuckoo hanya melakukan servis setiap 4 bulan sekali. Ini kerana peralatan untuk proses elektrolisis boleh digunakan untuk jangka waktu yang lama sebelum diganti sekaligus menjadikannya lebih murah untuk diselenggara. Dari segi harga penyelenggaraan, Coway mempunyai harga yang sedikit mahal berbanding Cuckoo atas faktor kekerapan yang diperlukan untuk menyelenggara produk mereka.

Tetapi yang bagusnya , jika anda menghadapi apa jua masalah dengan produk anda, Coway Customer Service boleh dihubungi melalui Coway Careline di 1800-888-111.

CODY

coway malaysia

Coway vs Cuckoo: Jangka Waktu Pengisian Semula

Dari sudut pengguna, isian semula air turut memainkan peranan penting lagi-lagi bagi rumah yang mempunyai ramai penghuni. Produk Coway memerlukan isian semula air yang agak lama kerana proses RO memakan masa untuk memampatkan air paip menerusi lapisan membran. Disebabkan ini, biasanya Coway menawarkan kepada pengguna dengan produk penapis air yang mempunyai kapasiti besar.

Cuckoo pula tidak memerlukan masa yang lama untuk isian semula air kerana proses elektrolisis dilakukan sepantas kilat. Akan tetapi, kapasiti yang ditawarkan oleh Cuckoo sering didapati dalam saiz yang lebih kecil berbanding Coway bagi mengurangkan kos penghasilan produk.

Coway vs Cuckoo: Peralatan Rumah Yang Lain

Selain itu, Coway dan Cuckoo juga terkenal dengan produk lain seperti tilam dan penapis udara. Sama seperti produk penapis air, kualiti tilam dan penapis udara yang dihasilkan oleh dua jenama ini cukup bermutu. Kualiti yang baik ini sedikit sebanyak membantu menarik pelanggan sedia ada untuk terus menggunakan produk mereka. (Klik di sini untuk tahu sama ada berbaloi atau tidak kita beli TILAM COWAY ).

Pun begitu, Coway mengambil inisiatif untuk memastikan pelanggan mereka kekal sihat dengan mengeluarkan perkakas bilik mandi. Setakat ini, Coway telah mengeluarkan beberapa jenis perkakas seperti penutup mangkuk tandas dan pemanas air yang fokus kepada penjagaan kulit.

Cuckoo pula berubah arah kepada barangan elektronik dapur seperti periuk pelbagai dan periuk aruhan elektrik yang lebih cenderung kepada kesenangan dalam memasak menggunakan peralatan moden.

Kalau ada yang berminat dengan barangan rumah Cuckoo ni boleh la cekitout di website mereka di sini.

cuckoo pressure multi cookercuckoo premium cookware

Coway vs Cuckoo: Populariti

Dari segi populariti, jenama Coway boleh dilihat lebih popular berbanding Cuckoo kerana sebutan perkataan Coway (Ko-Wei) lebih sinonim dengan lidah orang tempatan berbanding perkataan Cuckoo (Kuk-Kuu atau Kuk-Koo) yang bunyinya seakan ayam berkokok. Apatah lagi, jenama Coway sering digunakan sebagai kata rujukan untuk sebutan mesin penapis air. Ini bukan perkara baru kerana orang kita sudah biasa menggunakan jenama terkenal untuk kata rujukan seperti Milo dan Pampers.

coway malaysia

Coway vs Cuckoo: Cara Air Diproses

Faktor lain yang menjadikan air Coway lebih popular berbanding air Cuckoo adalah kerana perbezaan proses penapisan air. Kebanyakan rakyat Malaysia sebenarnya suka dengan air segar yang mirip kualiti air sungai segar. Dan Coway berjaya mengekalkan kualiti ini walaupun melalui proses penapisan RO. Berbeza dengan Coway, Cuckoo mengubah rasa air yang diproses menjadikannya kurang digemari oleh sesetengah orang. Walaupun sebenarnya ia mempunyai kualiti bermutu tinggi dari sudut kesihatan. Apatah lagi, sesetengah pakar perubatan tidak menyarankan pesakit kronik atau pengamal ubat-ubatan untuk minum air beralkali dalam tempoh yang lama atas faktor kesihatan.

Tidak dinafikan air beralkali bagus untuk menangkis asid di dalam badan. Ia juga telah terbukti berkesan dari segi kesihatan untuk pengguna dengan tubuh badan yang sihat. Malangnya, beberapa faktor lain yang mendorong pembeli berfikir dua kali sebelum membeli produk Cuckoo menjadi salah satu sebab kenapa produk Coway lebih digemari berbanding Cukcoo.

Coway vs Cuckoo: Alternatif Lain

Walaupun mesin penapis air seperti Coway dan Cuckoo boleh memberikan kualiti air yang memuaskan, tetapi terdapat alternatif lain yang mudah dan praktikal untuk memastikan kualiti air yang baik. Salah satunya adalah dengan menggunakan tablet penapisan air. Tablet penapisan air ini mudah dibawa dan digunakan pada mana-mana sahaja, dan memberikan kualiti air yang bersih dan selamat untuk diminum. Terutama bagi mereka yang mempunyai lidah sensitif dan boleh merasa perbezaan antara jenis-jenis air putih yang diminum, penggunaan tablet penapisan air adalah pilihan yang bijak. Jangan risau, kualiti air yang diperolehi dengan menggunakan tablet penapisan air tidak kalah dengan air yang diperolehi melalui mesin penapis air.

Watson Malaysia Promotion : Water purification tablets

watson water table

Jadi Mana Yang Patut Dibeli ?

Jadi, setelah membaca perbandingan Coway vs Cuckoo di atas, mungkin anda sudah memiliki gambaran yang lebih jelas mengenai mesin penapis air yang terbaik untuk keperluan rumah anda.

Pada akhirnya, jika Anda memutuskan untuk membeli mesin penapis air Coway, Anda tidak akan salah. Selain memiliki kualiti yang terjamin, Coway juga menawarkan pelbagai pilihan model yang sesuai dengan keperluan dan budget anda. Selain itu, Coway juga mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik dan responsif, sehingga jika anda mempunyai soalan atau masalah, anda dengan mudah boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan mereka.

Jika anda ingin mencari produk-produk terkait lainnya yang dapat memenuhi keperluan rumah anda, jangan lupa untuk mengecek Lazada atau Shopee. Kedua platform ternama ini menawarkan harga spesial dan pilihan yang lebih luas, serta menyediakan penawaran dan diskaun yang menarik. Jadi, akses saja Lazada atau Shopee untuk memenuhi kebutuhan rumah Anda dengan harga terbaik dan kualiti yang terjamin.

Diharap penulisan ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik dalam memilih produk sesuai dengan keperluan rumah untuk satu jangka waktu yang cukup lama.       

coway malaysia

Hantar artikel pada geng