Cara Memilih Air Purifier Yang Betul

Hantar artikel pada geng

Bila sebut pasal Air Purifier untuk kegunaan rumah, mesti pelbagai jenama dan pilihan yang bermain di minda kita. Ini kerana ia boleh dikatakan cukup sinonim dengan gaya kehidupan rakyat Malaysia yang ingin memastikan udara di persekitaran rumah kekal bersih untuk seisi keluarga. Malangnya, tak ramai yang tahu apa yang menjadikan sesebuah produk air purifier itu lebih bagus berbanding yang lain.

Seperti kita membeli sesuatu produk di pasaran, kita sebagai pengguna harus jelas dengan peranan dan fungsi produk tersebut. Konsep yang sama boleh diguna pakai apabila ingin membeli penapis udara ini. Untuk sesebuah produk air purifier dilabel sebagai produk berkualiti, ia perlu mencapai objektif untuk menapis udara .  Dalam masa yang sama ia juga perlu dapat membekalkan udara yang bebas dari sebarang pencemaran merbahaya. 

coway BTS

Ciri Yang Perlu Ada Pada Air Purifier Yang Baik

Jenis Penapis

Sebuah penapis udara yang berkualiti harus mempunyai beberapa ciri penting di mana pengguna harus cakna akan ciri-ciri ini. Sekiranya tidak, berkemungkinan besar produk air purifier yang dibeli mungkin tidak lebih sekadar perhiasan mahal sahaja. Sebagai contoh, kesemua air purifier yang moden wajib dilengkapi dengan HEPA filter, yang bermaksud “High Efficiency Particulate Matter”. Penapis jenis ini sangat berkesan dalam menapis sebanyak 99.7% partikel kecil. Ini termasuklah habuk, hama, debunga dan bakteria. Kesemua partikel ini ditapis dengan HEPA filter yang mempunyai saiz lubang sebesar 0.3 mikron sahaja. Bunyinya sangat kecil tetapi ia cukup canggih dan berkesan. 

Selain HEPA filter, penapis lain juga perlu bagi memastikan udara yang ditapis adalah bersih dan segar untuk dihirup oleh penghuni rumah. Penapis lain yang lazim didapati dalam purifier moden harini ini biasanya boleh menapis bau dan membasmi kuman serta partikel besar tanpa sebarang masalah. Semestinya, ia turut memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan secara berkala bagi memastikan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum. 

Pengiktirafan Badan Profesional

Sebagai sebuah produk elektrik, air purifier tidak terlepas dari kewajipan untuk mendapatkan pengiktirafan badan profesional. Ini bagi memastikan produk mereka selamat dikendalikan oleh rakyat kebanyakan khususnya dengan persekitaran negara kita yang kering lembap sepanjang tahun. Di Malaysia, badan yang bertanggungjawab memeriksa keselamatan produk air purifier adalah sijil SIRIM. Mana-mana produk air purifier yang tidak mendapatkan pengiktirafan ini biasanya diragui tahap keselamatannya. Apatah lagi keberkesanannya dalam menapis udara sebaik mungkin tanpa membahayakan penggunanya.

Air purifier yang berkualiti akan senantiasa memastikan udara yang ditapis dan dihasilkan bebas dari segala pencemaran merbahaya. Akan tetapi, agak sukar untuk kita sebagai pengguna mengetahui sama ada air filter ini benar-benar memastikan mutu kualiti udara yang dihasilkan adalah berkualiti atau sebaliknya. Sesebuah syarikat pengeluar air purifier yang cakna akan keselamatan dan keselesaan pengguna akan memastikan pengguna produk mereka dapat mengenal pasti tahap kualiti udara dengan alat pengukur pencemaran udara. Ini sekaligus dapat meyakinkan pengguna bahwa produk air purifier yang digunakan mereka adalah bermutu tinggi dan bukan sekadar kipas tanpa angin.

Servis dan Penyelenggaraan

CODY

Bila bercakap tentang mesin penapis udara, kita takkan boleh lari dari bercakap tentang servis dan penyelenggaraan. Banyak syarikat di luar sana akan menjual produk mereka dengan harga yang cukup murah. Harganya sungguh mengujakan dan sangat kena dengan dompet kita. Tetapi sebaik saja produk bertukar tangan, kita takkan dapat layanan sama. Ini kerana kebanyakan syarikat tidak mahu ambil tahu hal penyelenggaraan atau keluarkan kos di sini atas sifat ingin jaga keuntungan. Satu langkah jangka masa pendek yang sering diambil untuk ambil kesempatan ke atas rakyat marhean seperti kita. Disebabkan itu, kita kena cari syarikat yang betul-betul servis dan selanggara produk mereka dengan baik walaupun setelah bertahun lamanya kita membeli produk mereka.

Ciri Dah Tau , Sekarang Air Purifier Mana Satu Nak Beli? 

Itu antara ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sebuah mesin air purifier. Persoalan sekarang ini, syarikat apa yang betul-betul menepati kesemua ciri di atas? Salah satu syarikat yang boleh dilihat dan cukup sinonim dengan rakyat Malaysia adalah Coway. Di mana walaupun ia cukup popular dengan mesin penapis air tetapi dalam masa yang sama turut mengeluarkan produk penapis mereka sendiri.

Apa yang membuatkan air purifier Coway lebih berbaloi berbanding jenama lain adalah kerana Coway bukan sahaja melengkapi kesemua ciri-ciri air purifier yang berkualiti, tetapi ia juga mempunyai beberapa kelebihan untuk melindungi pengguna mereka dari sebarang kerosakan sama ada dari segi kesihatan ataupun kualiti produk.

Kenyataan ini dapat disahkan apabila air purifier Coway mendapat sijil dan pengiktirafan dari pelbagai organisasi kesihatan di seluruh dunia. Dari segi keberkesanan pencemaran udara, Coway telah diiktiraf oleh organisasi AHAM (Association of Home Appliance) yang berpangkalan di Amerika Syarikat. British Allergy Foundation pula memberikan pengiktirafan kepada air purifier Coway kerana keberkesanan produk mereka dalam mengurangkan partikel allergen yang boleh mendorong kepada alahan di persekitaran rumah. KACA atau “Korea Air Cleaning Association” dengan cop CA telah diberikan kepada Coway kerana keberkesanan produk air purifier yang dihasilkan dalam menepati kesemua ciri-ciri air purifier yang berkualiti. 

Servis Yang Dijaga

coway malaysiaBagi rakyat Malaysia pula, kita cukup sedia maklum bahwa Coway sangat menjaga kualiti produk mereka. Boleh dikatakan dalam setahun, penyelenggara akan datang dan selenggara setiap produk mereka. Bukan sekali tetapi beberapa kali dalam setahun dan ini termasuklah produk air purifier yang dihasilkan oleh mereka. Disiplin yang dilakukan oleh Coway sejak sekian lama ini telah menjadi ikutan syarikat-syarikat lain dalam memastikan pengguna bukan sahaja kekal setia dengan jenama, tetapi selamat dari sebarang bahaya yang tidak diingini.

Dari segi jenama, Coway adalah jenama yang sangat stabil dan cukup dikenali di Malaysia. Rata-rata penduduk Malaysia sudah kenal dengan jenama ini. Tapi apa pentingnya jenama yang stabil dan popular ini?

Nak Yang Murah Atau Yang Stabil?

Jenama yang stabil akan kekal aktif dan berdaya saing walau bagaimana sekali pun cabaran ekonomi pada masa hadapan. Ini penting sebab kita nak guna air purifier bukannya sehari dua, tetapi bertahun lamanya. Sekiranya jenama yang kita pilih tidak stabil, tidak ikut perkembangan teknologi semasa, kemungkinan besar beberapa tahun akan kita susah nak buat penyelenggaraan atau cari alat ganti kerana syarikat yang hasilkan jenama tersebut sudah tiada lagi.

Jika syarikat tersebut sudah tiada lagi, tiada seorang pun nak layan permintaan kita sekiranya berlaku kerosakan yang tak dijangka seperti menukar alat penapis udara, tukar jaring penapis, selenggara sanitasi dan bahagian-bahagian lain yang biasanya tak diketahui oleh orang awam seperti kita. 

Sebab itu pentingnya memilih jenama yang sudah stabil. Andai kata kita beli mesin penapis macam nak beli baju, pakai jenama apa pun tak ada masalah. Kalau rosak sampai tercarik nampak rompong sini sana tak perlu risau sebab ia tak bagi kecederaan pada badan si pemakai. Bila dah rosak, boleh terus pergi kedai beli yang lain, tetapi konsep ini tak boleh digunakan untuk barangan elektrik seperti mesin air purifier. Air purifier adalah produk yang kita memang nak guna lama, jadi kita kena pastikan kualiti barang-barang tersebut terjaga untuk bertahun-tahun akan datang.

Boleh Rekemen Produk Mana Satu Tak? 

coway btscoway malaysiaUntuk produk Coway, air purifier yang mungkin sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia hari ini adalah Lombok 3. Memandangkan kita sekarang hidup di zaman pasca Covid-19, kita perlukan lebih dari sekadar mesin yang boleh menapis udara. Ia cukup penting untuk kita turut membasmi sebarang potensi kuman merbahaya dari merebak dan belegar-legar di persekitaran rumah kita demi keselamatan nyawa kita dalam jangka masa yang panjang.

Hantar artikel pada geng